Permohonan Bantuan Pakaian Sekolah Anak Asnaf Mualaf MAIM
Permohonan Bantuan Pakaian Sekolah Anak Asnaf Mualaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kini dibuka sehingga 03 November 2025.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan ini.
Mengenai Asnaf Mualaf
Mualaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.
Tambahan pula, mualaf merupakan 4 asnaf terawal yang ditetapkan oleh Allah s.w.t di dalam Surah At-Taubah : 60 yang bermaksud :
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
Oleh kerana itu, mualaf merupakan salah satu kategori asnaf yang layak menerima zakat selain 7 golongan asnaf yang lain.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka sehingga atau pada 03 November 2025.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:
- Merupakan anak asnaf Mualaf yang memeluk Islam dan menetap di negeri Melaka sahaja
- Tiada had bilangan anak yang bersekolah dari:
– Sekolah Rendah (Darjah 1-6);
– Sekolah Menengah (Tingkatan 1-5);
Pendidikan Khas (yang bersekolah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat). - Penerima bantuan bulanan tidak perlu mengisi permohonan ini.
Cara Memohon
Bagi Asnaf Mualaf yang tinggal di negeri Melaka, boleh membuat permohonan di pautan yang disediakan https://forms.gle/ihygEeFKGMMMGkRBA.
Manakala, bagi Asnaf Mualaf yang sedang aktif menerima bantuan bulanan tidak perlu lagi mengisi permohonan kerana telah sediada data di pihak Balai Islam.
Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan adalah berdasarkan Jawatankuasa Kecil Agihan Bantuan Maim dan keputusan tersebut adalah muktamad.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Pakaian Sekolah Anak Mualaf MAIM, sila hubungi 06-337 2873.
Baca juga: SMAN Terengganu: Kemasukan Tingkatan 1 2026