Permohonan Skim Bantuan Makanan Pelajar UTM

Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang memerlukan bantuan makanan boleh memohon di bawah Because We Care Chancellor‘s Fund (BWCCF) iaitu Skim Bantuan Makanan Pelajar UTM.

Skim bantuan ini diperkenalkan bagi membantu pelajar-pelajar di UTM yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan makanan.

Inisiatif ini diharap mampu meringankan beban pelajar di UTM untuk mendapatkan makanan dan meningkatkan tumpuan pembelajaran mereka.

Pelajar yang ingin membuat permohonan boleh mengemukakan permohonan segera sebelum 4 April 2022.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan untuk memohon skim bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada semua pelajar prasiswazah UTM.
  2. Keutamaan kepada pelajar yang memerlukan bantuan makanan.
  3. Hanya pelajar yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  4. Pemohon tidak mendapat tajaan daripada mana-mana pihak.
  5. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan menggunakan huruf besar.
  6. Pemohon dikehendaki memberikan butiran/maklumat dengan tepat dan benar.

Cara Memohon

Permohonan skim bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik link permohonan ini https://forms.gle/GXVD62PQ4DoKmCzcA.
  2. Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Gambar
  2. Kad matrik
  3. Slip gaji terkini penjaga
  4. Sijil kematian (jika berkaitan)

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan mengenai Skim Bantuan Makanan Pelajar UTM boleh dikemukakan kepada Bahagian Kemudahan, Kebajikan dan Tatatertib, Pejabat Hal Ehwal Pelajar melalui e-mel [email protected] atau di talian 07-5530262, 07-5530567.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: