Permohonan Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan Johor Corporation

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), dan Diploma yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti bagi tahun 2022 dialu-alukan untuk memohon Bantuan Pelajar IPT Yayasan Johor Corporation.

Untuk makluman, penbubuhan Yayasan Johor Corporation telah dibuat oleh Johor Corporation pada 9 Jun 1997.

Yayasan ini berperanan sebagai peneraju dalam melaksanakan aktiviti tanggungjawab korporat kepada orang ramai terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan serta keusahawanan di kalangan pelajar sekolah dan IPT seluruh Malaysia.

Salah satu bantuan yang diberikan kepada pelajar adalah Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan Johor Corporation bagi menampung kos perbelanjaan kemasukan atau pendaftaran awal ke peringkat IPT.

Permohonan bantuan ini telah dibuka secara atas talian dan akan ditutup pada 8 April 2022.

Peringkat Pengajian

Bantuan pelajar ini diberikan bagi pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat berikut:

  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Sarjana

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin membuat permohonan perlu menepati syarat permohonan berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Permohonan Kali Pertama (sekali Sahaja).
  3. Pendapatan Isi Rumah mestilah purata pendapatan isi rumah RM800 dan ke bawah dengan mengambil kira tanggungan anak yang masih belajar di bawah 22 tahun, ibu bapa yang tidak bekerja dan anak OKU atau pendapatan ibu bapa di bawah RM4,000 (B40).
  4. Pemohon menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sahaja.
  5. Tawaran bantuan pengajian adalah sepenuh masa sahaja.
  6. Setiap dokumen yang dilampirkan mestilah disahkan oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa sahaja iaitu:
    – Ketua Kampung
    – Penghulu
    – Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas

Tatacara Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila ikuti tatacara permohonan seperti berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://www.surveymonkey.com/r/H728799.
  2. Baca maklumat kepada pemohon dan klik butang ‘Next.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next.’
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan Johor Corporation, sila layari laman web http://www.yayasanjcorp.com.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: