P-Hailing Rahmah: Pakej Pemandu P-Hailing RM33 Sebulan

Pelan pascabayar khas telah diperkenalkan khusus untuk semua pemandu P-Hailing di Malaysia iaitu P-Hailing Rahmah.

Berikut merupakan info mengenai pelan pascabayar ini kepada pemandu P-Hailing.

Mengenai P-Hailing Rahmah

P-Hailing Rahmah adalah pakej pascabayar yang lebih murah yang ditawarkan kepada pemandu P-Hailing di seluruh negara.

Untuk makluman, pakej ini diperkenalkan hasil kerjasama strategik antara syarikat penyedia perkhidmatan telekomuniasi melibatkan CelcomDigi, Maxis, Umobile, TM dan YTL Communications Sdn Bhd (Yes) dengan 16 penyedia platform P-Hailing di Malaysia.

Pakej di diperkenalkan bagi mengurangkan beban pemandu p-hailing atau penghantar (rider) untuk menikmati perkhidmatan internet pada harga murah.

Ini juga sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang bekerja dalam sektor gig ekonomi memandangkan mereka memerlukan akses internet untuk bekerja dalam bidang ini.

Harga & Pakej Yang Ditawarkan

Pemandu P-Hailing boleh menikmati perkhidmatan internet dengan harga serendah RM33 dengan/atau pelan data sekurang-kurangnya 40GB.

Selain itu, setiap Pakej adalah unik dan berbeza mengikut persetujuan pihak telco yang dipilih oleh penyedia platform P-Hailing masing-masing.

Pakej ini tidak juga mempunyai kontrak terikat dan pengguna boleh membatalkannya pada bila-bila masa dengan penalti minimum untuk pelan simkad sahaja

Malah, pelanggan boleh menggunakan nombor yang sama seperti sebelum ini.

Syarikat P-Hailing Yang Terlibat

Sebanyak 16 syarikat penyedia p-hailing yang mengambil bahagian dalam pakej ascabayar ini iaitu:

  • Belibeli
  • FoodPanda
  • Grab
  • Parcel365
  • iGoGet
  • Bungkusit
  • RideRunner
  • GoGet
  • Halo Delivery
  • Shopee
  • GoLog
  • iHantar
  • Fasz Food
  • Lazada Logistics
  • Lalamove
  • MatDespatch

Tempoh Tawaran

Tempoh tawaran bagi pakej ini adalah bermula pada 23 Januari 2024 sehingga 23 April 2024.

Syarat Kelayakan

Pakej ini terbuka kepada semua pemandu P-Hailing warganegara Malaysia yang berdaftar di bawah salah satu daripada 16 penyedia platform P-Hailing yang terlibat. 

Selain itu, syarat-syarat langganan adalah tertakluk kepada terma dan syarat telco yang berdaftar.

Cara Melanggan

Untuk melanggan, sila klik pautan di bawah untuk melanggan dengan penyedia telco yang terlibat:

Info Lanjut

Untuk info lebih lanjut mengenai P-Hailing Rahmah, sila layari https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/PressRelease/FAQ-Pakej-P-Hailing-RAHMAH.pdf.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: