Mahasiswa Negeri Sembilan bakal mendapat berita gembira apabila Bantuan Sara Hidup Yayasan Negeri Sembilan (YNS) dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150.
Kenaikan jumlah bantuan ini diumumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yang menyatakan mahasiswa mahasiswa akan menerima bantuan RM1,800 setahun berbanding RM1,200 sebelum ini.
Kenaikan jumlah bantuan ini dibuat akibat berlakunya kenaikan harga barang sehingga terdapat laporan bahawa ada segelintir mahasiswa yang tidak cukup wang belanja sehingga ada yang terpaksa berlapar.
Jumlah kenaikan bantuan yang terbaharu ini akan diterima mahasiswa mulai September 2022.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah anak kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap pemohon mestilah di Negeri Sembilan sahaja.
- Sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Sembilan dan telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8 tahun, pemohon perlu memuat naik sijil tamat berhenti sekolah Darjah 6 dan Tingkatan 5.
- Pemohon masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik sahaja.
- Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat bagi pelajar semester 2 ke atas (tahun akhir tidak layak memohon).
- Pemohon perlulah mempunyai akaun Bank Islam sahaja (lain-lain bank ditolak).
- Ibu bapa pemohon tergolong dalam kategori kumpulan B40 terkini.
- Borang pengesahan mestilah dimuat turun menerusi laman web Yayasan Negeri Sembilan dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat DUN/wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).
- Borang permohonan dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat DUN/wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan permohonan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdx4R6KMeFIlme2kkyTkT7qNaH1AJwrcm4nhdn9oV5EDH9ftA/viewform.
- Klik butang ‘Next.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next’ pada setiap akhir paparan.
- Muat naik dokumen sokongan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut iaitu:
- Borang pengesahan Pejabat Dun/Pejabat Penyelaras Dun: https://www.yns.gov.my/v7/images/2022/PDF/surat_akuan_pengeshan_dun_2022.pdf
- Borang Akuan Pengesahan Pendapatan: https://www.yns.gov.my/v7/images/2022/PDF/slip_gaji_sah2022.pdf
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Yayasan Negeri Sembilan, sila layari laman web YNS iaitu https://www.yns.gov.my/v7/ms.