BAIK: Permohonan Bantuan Ihsan Komputer Negeri Sabah 2023

Kerajaan Negeri Sabah telah membuka permohonan baharu iaitu Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) 2023 untuk pelajar-pelajar daripada negeri tersebut yang sedang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi tujuan pembelajaran.

BAIK merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan memiliki komputer untuk tujuan pembelajaran.

Oleh itu, pelajar yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian untuk mendapatkan bantuan ini.

Pelaksanaan BAIK

Pelaksanaan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) telah dimulakan pada tahun 2021 bagi Fasa 1 melibatkan pelajar miskin yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Pelaksanaan inisiatif Fasa 1 ini melibatkan jumlah sebanyak RM15 juta yang memanfaatkan 10,000 orang pelajar.

Kriteria Permohonan

Kriteria permohonan Bantuan Ihsan Komputer yang ditetapkan bagi permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
  2. Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
  3. Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih.
  4. Memberikan justifikasi keperluan komputer riba.
  5. Permohonan perlulah dibuat secara online.

Cara Memohon Bantuan Ihsan Komputer (BAIK 2023)

Permohonan boleh dibuat melalui cara permohonan berikut:

  1. Layari pautan permohonan https://baik.sabah.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Permohonan.’
  3. Klik butang ‘Belum Daftar? Klik DiSini.’
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk ke dalam laman web tersebut.
  6. Buat permohonan sehingga tamat.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan ibu bapa dan pemohon.
  2. Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.
  3. Salinan tawaran dan pengesahan pelajar daripada IPTA/S.

Maklumat Lanjut Bantuan Ihsan Komputer (BAIK Sabah)

Untuk maklumat lanjut mengenai BAIK, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369872.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: