Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Kelas Pertama

Graduan yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda kelas pertama akan dikecualikan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perasmian Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN.

Keistimewaan ini diberikan kepada graduan yang menamatkan pengajian bermula 2019, tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

Ini sebagai dorongan untuk golongan berkenaan belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan terbaik dalam pengajian.

Syarat Pengecualian

Syarat pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan kelas pertama:

  1. Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa.
  2. Telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT.
  3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
  4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.
  5. Kursus/Program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  6. Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.
  7. Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).

Cara Membuat Pengecualian

Untuk membuat pengecualian bayaran balik ini, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web PTPTN https://www.ptptn.gov.my.
  2. Klik ‘Bayaran Balik.’
  3. Klik pada ‘Pengecualian Ijazah Kelas Pertama.’
  4. Masukkan no kad pengenalan dan nombor pendaftaran.
  5. Kemaskini maklumat berikut:
    – Maklumat pengajian
    – Pekerjaan
    – Status perkahwinan
    – Maklumat ibu bapa
    – Lain-lain
  6. Muat naik dokumen sokongan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (skrol).
  2. Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.
  3. Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (untuk peminjam IPTS).
  4. Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah).
  5. Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/transkrip).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN bagi graduan kelas pertama https://www.ptptn.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: