Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Perlis RM2000

Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis menyediakan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Perlis bagi tahun 2023 khas untuk anak Perlis yang ingin menyambung pelajaran di peringkat universiti.

Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Negeri Perlis diwujudkan bagi membantu pelajar yang bakal menyambung pengajian di universiti terutamanya dalam bentuk pinjaman.

Ini bagi membantu meringankan beban pelajar dan juga keluarga mereka untuk membayar yuran pengajian mereka di universiti.

Bagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan.

Jumlah Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Perlis

Jumlah pendahuluan pinjaman yang ditawarkan kepada pelajar yang layak adalah sebanyak RM2,000.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon pendahuluan pinjaman ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah anak negeri Perlis (sama ada Pemohon/Bapa/Ibu).
  2. Pemohon berketurunan Melayu.
  3. Pemohon mestilah menetap di dalam negeri Perlis sekurang-kurangnya 5 tahun secara terus dan mendapatkan pendidikan dalam Negeri selama tempoh berkenaan.
  4. Pendahuluan pinjaman ditawarkan kepada setiap pelajar yang akan melanjutkan pelajaran sepenuh masa ke peringkat Ijazah Pertama Dalam Negara sahaja.
  5. Permohonan hanya untuk pengajian di universiti-universiti Tempatan sahaja.
  6. Permohonan pendahuluan pinjaman adalah terhad kepada maksimum RM2,000.00 sahaja.
  7. Bayaran balik pendahuluan pinjaman adalah berdasarkan syarat yang terdapat dalam perjanjian pinjaman.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://www.perlis.gov.my/images/pekeliling/BORANG_PENDAHULUAN_PINJAMAN_-_MELAYU.pdf.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan dan disahkan benar.
  5. Hantar semua dokumen ke alamat:

    Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah
    Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis, Pejabat Setiausaha
    Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri,
    Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk disediakan adalah seperti berikut:

  1. Salinan sijil kelahiran
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti/Institusi.
  4. Salinan sijil berhenti sekolah
  5. Salinan Sijil SPM, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Salinan Transkripsi Asasi, Salinan Diploma, dan lain-lain sijil yang setaraf (jika ada).

Semua salinan dokumen tersebut hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua Sekolah/ Guru Besar/ Majikan sahaja.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Perlis 2023, sila layari laman web https://www.perlis.gov.my/ atau menghubungi 04-973 8800.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: