Pay With Shopee: Bayar Pinjaman PTPTN dan Peroleh Baucar Diskaun

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Shopee kini sedang menganjurkan kempen Pay With Shopee! daripada 15 Jun 2022 sehingga 15 Julai 2022.

Kempen dilaksanakan untuk menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik pinjaman pendidikan secara dalam talian dan menghargai peminjam PTPTN yang komited membayar balik pinjaman pendidikan secara konsisten melalui kemudahan saluran bayaran balik Shopee.

Untuk makluman, kaedah bayaran balik pinjaman PTPTN melalui Shopee telah mula diperkenalkan pada tahun 2021 sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan pelanggan PTPTN melakukan transaksi pembayaran melalui saluran bayaran dalam talian.

Langkah ini adalah ini juga adalah selaras dengan Teras Strategik ke-5, Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 iaitu memperkasa organisasi ke arah lebih dinamik dan cemerlang melalui pendigitalan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan tidak terjejas dan sentiasa berada di tahap terbaik.

Manfaat Yang Diperoleh

Manfaat yang akan diperoleh bagi peminjam yang membuat pembayaran balik PTPTN melalui Shopee dalam tempoh kempen ini adalah seperti berikut:

  1. Pemberian baucar diskaun sebanyak 10% daripada jumlah bayaran, tertakluk kepada jumlah maksimum RM5 kepada 60 pengguna aplikasi Shopee terawal setiap hari semasa tempoh kempen, kecuali pada 7 Julai 2022.
  2. Jumlah penerima baucar diskaun berganda iaitu seramai 120 pengguna terawal pada 7 Julai 2022 bersempena bulan penubuhan PTPTN dan juga hari Mega Sales Shopee.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi melayakkan peminjam memperoleh manfaat menerusi kempen ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada pengguna aplikasi ShopeePay yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN di dalam tempoh kempen.
  2. Tiada jumlah minimum bayaran balik dalam 1 transaksi.
  3. Setiap pengguna layak menerima ganjaran baucar diskaun sekali sahaja dalam tempoh
    kempen.
  4. Pengguna yang berjaya menerima baucar diskaun perlu membuat penebusan terlebih dahulu sebelum membuat transaksi bayaran balik pinjaman.

Cara Bayar PTPTN Melalui Shopee

Cara membuat bayaran PTPTN melalui Shopee dan membuat penebusan baucar adalah seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi Shopee di Playstore atau Appstore.
  2. Buka aplikasi dan dapatkan baucar diikuti dengan buat penebusan.
  3. Pergi “Menu Deals Top-ups & Bills” di aplikasi Shopee tersebut.
  4. Klik Menu “PTPTN” di bahagian “Bills” tersebut.
  5. Klik Pilihan Bayaran PTPTN atau Simpanan SSPN-i/SSPN-i PLUS
  6. Isi no kad pengenalan beserta amaun bayaran atau simpanan.
  7. Klik “Payment Option” untuk mambuat bayaran.
  8. Klik “Payment Method” untuk bayaran dan klik “Confirm”

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kempen Pay With Shopee! sila layari portal rasmi PTPTN iaitu https://www.ptptn.gov.my atau ShopeePay https://shopee.com.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: