Permohonan Biasiswa Chapter Cyperus 3.0 UPM

Universiti Putra Malaysia (UPM) mempelawa pelajar yang layak untuk memohon Biasiswa Chapter Cyperus 3.0 bagi menampung kos pengajian di Universiti Putra Malaysia.

Biasiswa Chapter Cyperus 3.0 ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang ditawarkan ke program Diploma Pertanian di Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPM Kampus Bintulu Sarawak.

Bagi pelajar yang berimat, permohonan boleh dibuat sehingga 31 Ogos 2023.

Mengenai UPM

UPM merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang pada asalnya ditubuhkan sebagai sebuah Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931.

Universiti ini dibangunkan di kawasan seluas 22 ekar di Serdang dan menawarkan dua program sahaja pada ketika itu iaitu Program Diploma 3 tahun dan Program Persijilan 1 tahun di dalam bidang pertanian.

Kemudiannya, pada 23 Jun 1947, Sekolah Pertanian ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej Pertanian Malaya oleh Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union ketika itu. 

Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia seterusnya tercetus apabila Sekolah Pertanian di Serdang ini bergabung dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya.

Dr. Mohd. Rashdan bin Haji Baba, yang merupakan pengetua Kolej Pertanian Malaya, dilantik sebagai Naib Canselor di bawah Seksyen 18, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan memulakan sesi akademiknya pada 23 Julai 1973 dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar.

Pada tahun 3 April 1997, nama Universiti ditukar dari Universiti Pertanian Malaysia ke Universiti Putra Malaysia oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, untuk menggambarkan status UPM sebagai pusat pengajian tinggi yang merangkumi pelbagai bidang, terutamanya sains dan teknologi maklumat.

Syarat Permohonan Biasiswa Chapter Cyperus 3.0

Syarat permohonan yang ditetapkan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pelajar adalah warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada sebelum 1 Julai 2023.
  3. Terbuka kepada pelajar-pelajar yang ditawarkan ke program Diploma Pertanian di Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPM Kampus Bintulu Sarawak.
  4. Pelajar mempunyai keputusan yang balk di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang pertanian.
  5. Pelajar telah menunjukkan dan mencapai kejayaan kokurikulum yang cemerlang.
  6. Hanya pelajar semester 1, tahun pertama sahaja yang layak memohon.
  7. Pendapatan isi rumah haruslah berjumlah RM3,000.00 ke bawah dan pelajar /ibubapa diiktiraf sebagai golongan asnaf digalakan memohon.

Cara Memohon Biasiswa Chapter Cyperus 3.0

Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://alumni.upm.edu.my/upload/dokumen/20230811121458BORANG_BIASISWA_CHAPTER_CYPERUS_92_(3.0).pdf?fbclid=IwAR1g5_QwjnX3HQqVkcUldVvKvN6Y1ZdFONINeScsn9QXhkS44yhjodp7dSc.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Semua dokumen-dokumen yang telah tersebut hendaklah disahkan hendaklah dihantar ke alamat di bawah dan emelkan ke:

    [email protected]
    Sekretariat
    Biasiswa Chapter Cyperus 92 (3.0)
    Pusat Perhubungan Alumni,
    Aras Bawah, Bangunan Timbalan Naib Canselor,
    Penyelidikan dan Inovasi, Off Lebuh Silikon,
    Universiti Putra Malaysia
    43400 Serdang,
    Selangor.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan surat tawaran kemasukan universiti.
  2. Salinan kad pengenalan.
  3. Salinan sijil kelahiran.
  4. Salinan sijil/keputusan peperiksaan Diploma/Bacelor.
  5. Salinan sijil/keputusan peperiksaan SPM/STPM.
  6. Sijil-sijil berkaitan yang lain.
  7. Salinan keputusan peperiksaan Program Asasi Sains Pertanian (bagi Program Bacelor).
  8. Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
  9. Salinan sijil kematian ibu bapa (jika berkaitan)
  10. Salinan penyata gaji/pendapatan bulanan ibu bapa atau penjaga.
  11. Ibu bapa atau penjaga bekerja sendiri – surat akuan pendapatan oleh Ketua Kampung (jika berkaitan).

Semua salinan dokumen tersebut mestilah disahkan benar daripada salinan asal.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Chapter Cyperus 3.0, sila hubungi:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: