Biasiswa & Bantuan Kewangan 2025 Pelajar UA Yayasan Kuok

Pelajar Universiti Awam (UA) di Malaysia berpeluang untuk mendapat Biasiswa dan Bantuan Kewangan 2025 menerusi Yayasan Kuok Berhad.
Berikut adalah maklumat mengenai biasiswa dan bantuan kewangan ini.
Mengenai Yayasan Kuok Berhad
Yayasan Kuok Berhad merupakan yayasan yang ditubuhkan pada 1 Jun 1970 oleh Keluarga Kuok menerusi Akta Syarikat Malaysia 1965.
Yayasan ini adalah yayasan yang bukan berasaskan keuntungan dengan melaksanakan tanggungawab sosial untuk mengurangkan kemiskinan dan mengurangkan jurang ekonomi antara masyarakat di Malaysia.
Bagi mencapai hasrat ini, biasiswa dan bantuan kewangan ini diwujudkan bagi membantu pelajar di UA yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian mereka.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 9 Jun 2025 sehingga 1 Julai 2025.
Senarai Biasiswa & Bantuan Kewangan
Senarai biasiswa dan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh Yayasan Kuok Berhad kepada pelajar UA yang layak adalah seperti berikut:
Biasiswa | Jumlah |
Biasiswa Kuok Keng Kang | RM18,000 setahun |
Biasiswa Kuok Khoon Hong | RM18,000 setahun |
Biasiswa Wilmar | RM18,000 setahun |
Dermasiswa-Pinjaman Yayasan Kuok | RM17,000 – RM18,000 setahun (bergantung kepada kursus) |
Cara Memohon
Pelajar UA yang berminat boleh membuat permohonan menerusi tatacara berikut iaitu:
- Layari laman web https://apply.kuokfoundation.org/.
- Klik butang ‘Apply’ dalam kategori ‘Malaysian Public University.’
- Klik bahagian ‘Register.’
- Lengkapkan maklumat dan klik butang ‘Register.’
- Login dengan memasukkan email dan kata laluan.
- Buat permohonan sehingga tamat dan cetak borang permohonan.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Borang permohonan dan dokumen perlu dihantar melalui kurier atau serahan tangan ke alamat berikut:
KUOK FOUNDATION BERHAD,
Letter Box No. 110,
16th Floor UBN Tower,
No. 10 Jalan P. Ramlee,
50250 Kuala Lumpur.
Info Lanjut
Info mengenai Biasiswa dan Bantuan Kewangan 2025 Yayasan Kuok Berhad boleh dirujuk menerusi laman web https://kuokfoundation.com/.
Baca juga: Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor 2025