Permohonan Universiti Poly-Tech Malaysia (Ambilan Nov 2023)

Bagi lepasan STPM, STAM, Diploma atau Matrikulasi yang ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) menawarkan peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda kepada pemohon yang berminat menyambung pengajian di universiti terbabit.

Universiti Poly-Tech Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi yang terletak di Kuala Lumpur.

Terdapat pelbagai jurusan yang ditawarkan kepada pemohon yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Untuk ambilan sesi November 2023, pemohon boleh membuat permohonan dengan segara secara atas talian.

Kelebihan Yang Ditawarkan Universiti Poly-Tech Malaysia

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan akan ditawarkan penajaan yuran pengajian dan Elaun Sara Hidup untuk sepanjang tempoh pengajian serta wang pendahuluan yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Bidang pengajian yang ditawarkan kepada pemohon adalah seperti berikut:

  • Bachelor of Accountancy (Honours)
  • Bachelor of Business Administration (Honours) Human Resource Management
  • Bachelor of Business Administration (Honours)
  • Bachelor of Corporate Administration (Honours)
  • Bachelor of Arts (Honours) in Applied English Language Studies
  • Bachelor of Early Childhood Education Honours
  • Bachelor of Education (Honours) in Teaching English as a Second Langguage
  • Bachelor of Communication (Hons) in Corporate Communication
  • Bachelor of Arts in 3D Animation and Digital Media (Honours)
  • Bachelor of Information Technology (Hons) in Business Computing
  • Bachelor of Information Technology (Honours) in Computer Application Development
  • Bachelor of Information Technology (Hons) in Cyber Security

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk kemasukan ke universiti ini adalah seperti berikut:

  1. Lepasan STPM: Minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana mana 2 mata pelajaran.
  2. Lepasan STAM: Lulus dengan Gred minimum pangkat Jayyid.
  3. Lepasan Diploma: Diploma atau yang setara dengan nya dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
  4. Lepasan Matrikulasi/Asasi dengan minimum PNGK 2.00.

Tatacara Permohonan Kemasukan Universiti Poly-Tech Malaysia

Tatacara permohonan kemasukan ke universiti ini boleh dirujuk menerusi langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman web https://bit.ly/mohonuptm.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Klik “Submit” untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke Universiti Poly-Tech Malaysia, sila layari laman web https://www.uptm.edu.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: