biasiswa-khas-dato-menteri-besar-selangor

Permohonan Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor & PBU Luar Negara

Pelajar anak Negeri Selangor ditawarkan 2 pembiayaan pendidikan iaitu Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor dan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Luar Negara bagi lepasan SPM/STPM dan STAM tahun 2021.

Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor (TKWBNS) ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Mesir, Jordan dan Maghribi bagi tahun 2022.

Manakala untuk Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara pula ditawarkan kepada lepasan SPM/STPM dan STAM untuk tahun 2021.

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan segera sebelum 15 Julai 2022 secara atas talian.

Kadar Tajaan

Kadar tajaan bagi Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor adalah biasiswa penuh yang merangkumi yuran pengajian, tiket penerbangan pergi dan balik, elaun sara hidup, elaun penginapan, elaun buku dan lain-lain elaun.

Untuk Pinjaman Boleh Ubah pula, kadar tajaan adalah seperti berikut:

NegaraPeringkat PengajianJumlah
Mesir-Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam/Arab dan sebagainya
-Ijazah Perubatan/Pergigian
-Ijazah Sarjana Pengajian Islam/Arab dan sebagainya RM9,600 Setahun
 
*Tidak Dibuka Untuk Peringkat Doktor Falsafah
-RM 6,500 setahun
-RM15,000 setahun
-RM 9,600 setahun
Jordan/MaghribiUntuk semua peringkat pengajianRM15,000 setahun

Syarat Am

Syarat am yang ditetapkan untuk permohonan kedua-dua pembiayaan pendidikan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon, ibu dan bapa Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  3. Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
  4. Pemohon telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Selangor
  5. Bukan pelajar semesta akhir atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
  6. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 20,000 sebulan
  7. Pelajar, Ibu, Bapa, Ahli Keluarga lain tidak di senarai hitam oleh TKWBNS atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak TKWBNS.
  8. Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar).
  9. Pemohon merupakan pelajar lepasan SPM/ STPM dan STAM tahun 2021.

Syarat Akademik

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan iaitu:

i) Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor (pengajian Mesir-Pengajian Islam & Bahasa Arab).

  1. Memperolehi pangkat Mumtaz di dalam peperiksaan STAM; dan
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mana-mana mata pelajaran Bahasa Malaysia dan LULUS Bahasa Inggeris; SERTA sekurang-kurangnya gred B+ bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon:
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA); atau
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ); atau
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) atau yang setaraf dengannya; dan
    – Bagi pelajar STAM, telah menduduki Imtihan Qabul dan mencapai keputusan sekurang-kurangnya Mutawassit Awwal.

ii) Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor (pengajian Mesir-Ulum Islamiyah & Jordan-Pengajian Islam & Bahasa Arab)

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperoleh sekurang-kurangnya kepujian gred A- bagi mata pelajaran:
    – Kurikulum Bersepadu Dini (al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asarah, al-Syariah, Usul al-Din, Manahij al-Ulum al-Islamiah, al-Adab wa al-Balaghah); atau
    – Kurikulum Bersepadu Tahfiz (Hifz al-Quran, Maharat al-Quran, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran al-Sunnah, Pengajian Syariah Islamiah; atau
    – Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah; serta
    – Sekurang-kurangnya gred B bagi matapelajaran selebihnya.
  2. Keutamaan diberikan kepada pemohon:
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA); atau
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ); atau
    – Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) atau yang setaraf dengannya.

iii) Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara

  1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu; dan
  2. Telah mendapat keputusan sekurang-kurangnya Jayyid (Good) dalam peperiksaan terkini bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda; atau
  3. Memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM selain mata pelajaran dinyatakan di nombor (1); atau
  4. Memperoleh sekurang-kurangnya 4 Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
  5. Memperoleh sekurang-kurangnya 5 kelulusan (Jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan bagi pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  1. Layari link permohonan iaitu https://danapendidikan.selangor.gov.my/login.
  2. Klik butang “Daftar.”
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik “Daftar Akaun.”
  4. Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi dan dilengkapkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua pembiayaan ini, sila hubungi Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di talian 03-5521 2275/03-5544 7484 atau emel ke [email protected]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top