Program Pengajian ACCA Tajaan LZNK

Kepada para pelajar lepasan Ijazah Perakaunan, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan kerjasama Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) menawarkan tajaan untuk warga negeri Kedah melanjutkan pengajian dalam kelayakan perakaunan professional ACCA (Association of Charted Certified Accountants).

Untuk makluman, ACCA adalah salah satu dari badan perakaunan yang mana untuk menjadi akauntan professional, seseorang individu perlu menjadi ahli kepada badan akauntan professional.

Selain itu, graduan ACCA juga boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau memasuki badan profesional yang lain seperti CIMA, ICSA dan CTIM.

Untuk pemohon yang berminat, mereka boleh membuat permohonan segera bagi sesi pengambilan Disember 2022.

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian yang ditawarkan adalah selama 2 tahun.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk pemohon adalah seperti di bawah:

  1. Islam.
  2. Berumur 25 Tahun ke bawah.
  3. Sedang menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 Tahun.
  4. Memenuhi syarat kelayakan asnaf dibawah kiraan had kifayah LZNK.
  5. Tamat pengajian ijazah perakaunan & memperoleh minimum 3.0 CGPA daripada Universiti yang diiktiraf oleh ACCA.
  6. Pengecualian Kredit daripada ACCA untuk 9 Mata pelajaran.
  7. Bersetuju menjalani program secara sepenuh masa.

Tatacara Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila ikuti tatacara permohonan di bawah:

  1. Layari laman web https://forms.gle/5DsvPKbPoCmFLsCt8.
  2. Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik “Submit” untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Slip gaji ibu bapa/penjaga.
  2. Slip pencen; atau
  3. Borang/Surat ‘Pengisytiharan Pendapatan’ yang disahkan oleh Ketua Kampung, Penghulu, Pegawai Tadbir Kerajaan, Profesional Bertauliah, Ketua Kaum, Tuai Rumah, Mukim atau Imam Masjid (disahkan oleh pihak berkuasa agama tempatan).

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Program Pengajian ACCA Tajaan LZNK, sila hubungi MyPAC di talian 012 919 0210 atau emel kepada [email protected] atau Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian 04-733 1740.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: