Biasiswa Xinyi Energy Smart Sdn Bhd: Permohonan Pelajar UTHM

Xinyi Energy Smart (M) Sdn Bhd mempelawa pelajar baharu Program Sarjana Muda Semester 1 daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk memohon Biasiswa Xinyi Energy Smart Sdn Bhd.

Biasiswa Xinyi Energy Smart Sdn Bhd ditawarkan kepada pelajar UTHM kepada pelajar sepenuh masa dan tidak memperoleh apa-apa tajaan.

Bagi pelajar yang berminat, permohonan boleh dibuat mulai 1 Oktober 2023 sehingga 15 Oktober 2023.

Program Yang Layak Memohon Biasiswa Xinyi Energy Smart

Program yang layak memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    – Program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian (BEV)
    – Program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Mekatronik) Dengan Kepujian (BEJ)
  • Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
    – Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kepujian (BDD)
  • Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi
    – Program Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) Dengan Kepujian (BWC)
  • Fakulti Teknologi Kejuruteraan
    – Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) Dengan Kepujian (BWK)

Kriteria Permohonan

Kriteria permohonan yang layak dipohon oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Permohonan terbuka kepada Pelajar Baharu Program Sarjana Muda Semester I Sesi 2023/2024 sahaja.
  2. Pemohon merupakan pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa.
  3. Pemohon tidak menerima sebarang tajaan daripada mana-mana organisasi atau syarikat lain semasa program pengajian.

Terma & Syarat

Terma dan syarat permohonan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon yang berjaya ditawarkan biasiswa ini mesti memperolehi keputusan yang cemerlang iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.0 dan ke atas pada setiap semester. Sekiranya pelajar gagal mengekalkan PNGK yang telah ditetapkan, pihak Xinyi mengikut budi bicara sepenuhnya boleh menggantung biasiswa untuk semester berikutnya sehingga pelajar mencapai PNGK 3.00 dan ke atas.
  2. Penerima biasiswa tidak dibernarkan membuat penangguhan pengajian kecuali atas sebab faktor kesihatan dan juga tertakluk pada budi bicara penaja.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Klik pautan permohonan iaitu https://forms.gle/Vjp37YBcEMs6PeLw6.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut, sila hubungi Biasiswa Xinyi Energy Smart Sdn Bhd, sila hubungi:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: