Biasiswa Khas Dato’ MB Selangor & PBU Luar Negara 2024

Pelajar anak Negeri Selangor boleh memohon 2 pembiayaan pendidikan iaitu Biasiswa Khas Dato’ MB Selangor dan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Luar Negara bagi tahun 2024.

Berikut adalah info mengenai biasiswa khas ini dan cara untuk memohon.

Mengenai Biasiswa Khas Dato’ MB Selangor & PBU Luar Negara

Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor dan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara merupakan biasiswa penuh dan pinjaman boleh ubah untuk yang layak bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/Doktor Falsafah (PhD) di 100 Universiti terkemuka (mengikut ranking by Subject 2023 QS World University Ranking).

Pembiayaan pendidikan Pinjaman Boleh Ubah pula merujuk kepada pengurangan bayaran balik berdasarkan CGPA/keputusan akhir pengajian.

Permohonan bagi program biasiswa ini dibuka bermula 15 April hingga 14 Mei 2024.

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan Bagi Biasiswa Khas Menteri Besar Selangor

Bidang pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut:

i) Skop SMART Selangor

  • Governance
  • Energy and Utility
  • Water Management
  • Waste Management
  • Building and Housing
  • Transport and Mobility
  • Safety and Security
  • Healthcare
  • Disaster Management
  • Food and Agriculture
  • Education

ii) Bidang-bidang berkaitan

  • Human and Social Development
  • Culture and Heritage
  • Manufacturing
  • Environment
  • Business
  • Retail
  • Commercial
  • Technology
  • Communication
  • Islamic Affairs

Pengurangan Bayaran Balik

Untuk pembiayaan PBU, pengurangan bayaran balik adalah seperti berikut:

i) United Kingdom

Skor PeratusanPengecualian
70% hingga 100%100%
60% hingga 69%50%
59% dan ke bawah0%

ii) United States

Skor PeratusanPengecualian
3.75/4.00 hingga 4.00/4.00100%
3.50/4.00 hingga 3.74/4.0050%
3.49/4.00 dan ke bawah0%

iii) Australia

Skor PeratusanPengecualian
85% hingga 100% (High Distinction)100%
75% hingga 84% (Distinction)50%
74% dan ke bawah (Credit)0%

Syarat Am Permohonan

Syarat am yang ditetapkan untuk permohonan kedua-dua pembiayaan pendidikan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    – Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
    – Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    – Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih 10 tahun di Selangor.
  2. Permohonan terbuka kepada pelajar yang berstatus bujang/belum berkahwin.
  3. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
  4. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  5. Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa
  6. Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif
  7. Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain
  8. Sihat tubuh badan
  9. Tidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah
  10. Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan
  11. Universiti yang ditawarkan perlu tersenarai dalam Top 100 QS World Ranking tahun semasa mengikut bidang-bidang yang disenaraikan.

Syarat Akademik

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan iaitu:

  1. Memiliki Asasi/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya.
  2. Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.5)/TOEFL (100/120)/MUET Band (5.0).
  3. Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor bagi calon pascasiswazah

Tatacara Permohonan Biasiswa Khas Menteri Besar Selangor

Tatacara permohonan bagi pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  1. Layari link permohonan iaitu https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login.
  2. Klik butang “Daftar.”
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik “Daftar Akaun.”
  4. Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi dan dilengkapkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua pembiayaan ini, sila hubungi Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di talian 03-5521 2275/03-5544 7484 atau emel ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: