Biasiswa Sagong Tasi 2024: Penajaan Pelajaran Pelajar Orang Asli
Kerajaan Negeri Selangor telah membuka tawaran biasiswa kepada pelajar Orang Asli yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk memohon Biasiswa Sagong Tasi 2024.
Berikut merupakan maklumat mengenai biasiswa ini dan cara untuk memohon.
Mengenai Biasiswa Sagong Tasi 2024
Biasiswa Sagong Tasi merupakan biasiswa khas untuk pelajar Orang Asli anak Selangor yang menuntut di IPT dan berpendapatan rendah.
Ini bagi memastikan pelajar Orang Asli dapat menumpukan pengajian mereka dan berjaya menerusi biasiswa yang diberikan ini.
Permohonan biasiswa ini dibuka mulai 15 September sehingga 15 Oktober 2024.
Kadar Biasiswa
Kadar biasiswa yang akan diberikan kepada mereka yang layak adalah seperti berikut:
- Yuran Pengajian: Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak Universiti.
- Elaun Sara Diri: Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.
IPT Terlibat
Anak Orang Asli Selangor yang menyambung pengajian ke IPT berikut layak untuk memohon:
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi)
- Universiti Putra Malaysia (Serdang)
- Universiti Selangor (UNISEL)
- Universiti Islam Selangor (UIS)
- Selangor Technical Skills dan Development Centre (STDC)
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Pemohon dan Ibu Bapa merupakan Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954.
- Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
- Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atau
- Pemohon telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my/
- Klik butang ‘Daftar.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Khas Sagong Tasi 2024, sila layari laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my/.
Baca juga: Semakan Keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2024