Permohonan Biasiswa MNRB 2023

MNRB Holding Berhad membuka permohonan Biasiswa MNRB 2023 kepada para pelajar lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/ASASI/Diploma yang memerlukan biasiswa ini.

Biasiswa MNRB diwujudkan oleh MNRB Holdings Berhad pada 1 April 1998 dengan objektif utamanya ialah untuk membantu dalam pembangunan industri insurans dan takaful negara dengan membolehkan pelajar yang berpotensi mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.

Ini bagi melahirkan profesional insurans dan takaful yang berkualiti untuk pembangunan jangka panjang industri insurans dan takaful Malaysia.

Bagi pemohon yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 17 April 2023.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut:

  • Insurans
  • Sains Aktuari
  • Teknologi Maklumat (Sains Data & Kepintaran Buatan/AI)
  • ACCA
  • Syariah

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Berumur 23 ke bawah.
  2. Lepasan SPM: Mendapat minimum 6A, termasuk Bahasa Inggeris, Matematik & Sains; atau (calon yang mempunyai keputusan percubaan SPM yang memenuhi kriteria di atas adalah digalakkan untuk memohon. Calon yang terpilih akan ditawarkan biasiswa sementara tertakluk kepada perbezaan antara keputusan sebenar dan keputusan percubaan berada dalam julat yang boleh diterima).
  3. Lepasan STPM: Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan lulus Pengajian Am.
  4. Lepasan Matrikulasi/ASASI/Diploma: Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50.
  5. Mesti menyerahkan esei Bahasa Inggeris bertulis tangan sebanyak 500 perkataan mengenai sebab memohon biasiswa, manfaat daripada kursus pengajian termasuk rancangan pendidikan dan kerjaya.
  6. Pemohon mestilah berjaya memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan yang diiktiraf untuk mengikuti kursus pengajian yang ditawarkan.
  7. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  8. Bukan menjadi penerima biasiswa/pinjaman/bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi atau badan lain.

Cara Memohon

Permohon boleh membuat permohonan seperti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.mnrb.com.my/careers/scholarships?fbclid=IwAR0tnDyuMvHsvToBbLWdb7hh941MOkvvnkG2keBGcAcRxp1wyJ7L1RWqpX0.
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan tersebut.
  4. Hantar email ke alamat [email protected] (Sila tulis “PERMOHONAN BIASISWA” di ruangan Subjek).

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Biasiswa MNRB, sila layari laman web https://www.mnrb.com.my/careers/scholarships.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: