Tawaran Pembiayaan Pendidikan CFAB-ACA (ICAEW) Ambilan Sept 2022

Individu yang berminat untuk mendapatkan Certificate In Finance, Accounting And Business (CFAB)-  Association Of Chartered Certified Accountants (ACA) for Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), pembiayaan pendidikan bagi mendapatkan kelayakan professional perakaunan ini di INTEC Education College dengan tajaan Yayasan Peneraju telah dibuka.

Pembiayaan pendidikan ini ditawarkan bagi meningkatkan bilangan akauntan profesional bertauliah dalam bidang perakaunan menerusi pensijilan CFAB–ACA.

Tambahan pula, pelajar juga akan menjalani program Nurture and Develop Program (NDP) untuk
meningkatkan kemahiran insaniah dengan baik sebelum menceburi bidang pekerjaan.

Untuk mendapatkan persijilan ini yang berpusat di INTEC Education College , pembiayaan pendidikan ditawarkan oleh Yayasan Peneraju bagi mereka yang layak.

Individu yang berminat boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan yang ditetapkan iaitu pada 21 Ogos 2022.

Tempoh Pengajian

Pelajar perlu melengkapkan kertas Certification, Professional and Advance papers (CFAB & ACA) dalam tempoh 3 tahun dan 6 bulan secara pengajian sepenuh masa.

Selain itu, pelajar juga perlu mengambil Advance papers and Training Contract (ICAEW) selama 3 tahun.

Ini bermakna, anggaran keseluruhan tempoh pengajian pelajar yang mengambil persijilan ini ialah 6 tahun 6 bulan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 7A termasuk subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Lepasan SPM/O- Level (umur maksima 19 tahun).

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan menerusi tatacara permohonan berikut:

  1. Layari link permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScr7DpnK0aXntHgkOd7GGivK5uVUFckrFXOKttAJMavsokcOg/viewform.
  2. Isi semua butiran permohonan yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pembiayaan pendidikan CFAB-ACA, sila hubungi Cik Rifha di talian 03-8603 7078 atau menghantar emel ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: