Permohonan Biasiswa Sukan KPM 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka tawaran bagi pemohon yang ingin mendapatkan Biasiswa Sukan KPM 2024 kepada atlet murid yang layak.

Berikut merupakan maklumat mengenai biasiswa sukan ini dan cara untuk memohon.

Pengenalan Biasiswa Sukan KPM

Untuk makluman, Biasiswa Sukan ini telah diperkenalkan pada tahun 2005 sebagai suatu usaha bagi meningkatkan kecemerlangan sukan dalam kalangan murid di bawah Program Pembangunan Sukan sekolah.

Ia juga merupakan suatu galakan kepada murid supaya bersungguh-sungguh untuk mencapai prestasi yang tinggi di dalam bidang sukan.

Oleh itu, bagi murid yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian mulai mulai 6 April 2024 hingga 3 Mei 2024.

Senarai Sukan

Berikut adalah jenis-jenis sukan yang layak dipertimbangkan untuk diberi biasiswa ini:

  • Akuatik
  • Angkat Berat
  • Badminton
  • Bola Baling
  • Bola Jaring
  • Bola Keranjang
  • Bola Sepak
  • Bola Tampar
  • Boling Padang
  • Boling Tenpin
  • Catur
  • Gimnastik
  • Gimrama
  • Golf
  • Hoki
  • Judo
  • Karate
  • Kriket
  • Lawan Pedang
  • Lumba Basikal
  • Memanah
  • Menembak
  • Olahraga/Merentas Desa
  • Pelayaran
  • Ping Pong
  • Ragbi
  • Sepak Takraw
  • Silat Olahraga
  • Skuasy
  • Sofbol
  • Taekwondo
  • Tenis
  • Wushu

Kriteria Kelayakan Biasiswa Sukan KPM

Pemohon mestilah mematuhi ke semua kelayakan di bawah iaitu:

  1. WarganegaraMalaysia.
  2. Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Malaysia; atau
  3. Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Negeri; atau
  4. Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Harian (SH), Sekolah Berasrama Penuh (SBP)/Sekolah Menengah Teknik (SMT)/Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK); atau
  5. Pelajar Tahun 1 dan 2 di Kolej Vokasional KPM.
  6. Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun (insentif lain) daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
  7. Menunjukkan prestasi cemerlang dalam sukan dengan sekurang- kurangnya telah mewakili negeri di peringkat kejohanan MSSM, Liga Sukan KPM dan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS), Sukan Prestasi Tinggi Negara (SPTN) serta sukan-sukan lain yang diputuskan oleh KPM.

Tatacara Permohonan

Permohonan biasiswa ini perlu melalui pihak sekolah dan pihak sekolah perlu membuat permohonan melalui laman web https://apb1.moe.gov.my.

Penghantaran dokumen sokongan perlulah dibuat kepada Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Maklumat Lanjut Biasiswa Sukan KPM

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Sukan KPM 2024, sila layari laman web https://apb1.moe.gov.my/ atau https://www.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: