Program Penajaan Asasi Sastera Bersama UNIRAZAK 2023

Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dengan kerjasama Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) telah mengambil langkah inisiatif persefahaman untuk menawarkan peluang kepada anak-anak Anggota ATM dan warga MINDEF yang ingin mencapai impian melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi iaitu Program Penajaan Asasi Sastera.

Program Penajaan Asasi Sastera ini merupakan program pengajian peringkat asasi selama setahun bagi persediaan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UNIRAZAK atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di Malaysia dan dijalankan secara maya sepenuh masa.

Permohonan penajaan ini hanya terbuka kepada 250 pelajar terawal sahaja.

Asasi Sastera UNIRAZAK

Objektif Penajaan Asasi Sastera UNIRAZAK

Objektif penajaan ini adalah seperti berikut:

  • Menyediakan peluang bagi anak-anak anggota ATM dan warga MINDEF yang terkesan oleh pandemik Covid-19 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat institusi pendidikan tinggi.
  • Membuka peluang bagi anak-anak muda untuk melanjutkan pelajaran di insitusi pendidikan tinggi di Malaysia dalam jurusan perniagaan, perakaunan, ekonomi, pengurusan, bahasa dan pendidikan.
  • Menyokong usaha pembangunan negara dalam meningkatkan generasi berpendidikan tinggi dalam semua lapisan masyarakat.
  • Membuka peluang serta membantu menjayakan visi negara dalam melahirkan generasi berpendapatan tinggi.
  • Melahirkan generasi yang pakar dalam bidang perniagaan, ekonomi, perakaunan, pengurusan, bahasa dan pendidikan.

Jumlah Penajaan

Setiap pelajar yang berjaya akan mendapat tajaan penuh (Dermasiswa) yuran pengajian bernilai RM12,500 selama 1 tahun oleh UNIRAZAK.

Ini meliputi tajaan-tajaan berikut:

  • Yuran Pendaftaran sebanyak RM100 dan pemberian kepada setiap pelajar (anak-anak anggota ATM Malaysia dan warga MINDEF) yang layak mengikuti Program Dermasiswa Pengajian Peringkat Asasi ini.
  • Yayasan LTAT akan membayar yuran pendaftaran dan subsidi pembelian komputer riba ini secara terus kepada UNIRAZAK bagi setiap pelajar yang berjaya mendaftar dalam program dermasiswa ini.
  • UNIRAZAK akan menyediakan komputer riba berharga RM2,500 yang bersesuaian dengan keperluan sistem pembelajaran secara maya/digital di UNIRAZAK. Lebihan harga sebanyak RM1,000 perlu di selesaikan oleh pelajar kepada pihak UNIRAZAK.

Kursus Yang Ditawarkan

Kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i) Bank Rakyat School of Business, Innovation, Technology and Entrepreneurship (BRSBITE)

  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Keusahawanan) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perancangan Kewangan Islam) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam & Kewangan) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Penguruan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Insuran) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian)

ii) School of Accounting & Taxation (SAT)

  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) diiktiraf oleh CPA Australia
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)

iii) Tun Abdul Razak School of Government (TARSOG)

  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera Tadbir Urus & Dasar Awam (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepimpinan) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Tadbir Urus dan Polisi Awam (Kepujian)

iv) School of Education & Humanities (SEH)

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak Kanak (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris (Kepujian)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  1. Anak-anak Anggota Tentera Malaysia & Warga MINDEF
  2. SPM: Lulus SPM/SPMV dengan keputusan min. 5 kredit; atau
  3. O-Level: Lulus O-Level dengan keputusan Gred C di dalam 5 subjek; atau
  4. Kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Cara Memohon Asasi Sastera UNIRAZAK

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://unirazak.edu.my/yltat/.
  2. Klik daftar ‘Daftar Dermasiswa Sekarang.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan.
  4. Klik ‘Hantar.’

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut Program Penajaan Asasi Sastera bersama UNIRAZAK, sila layari laman web https://unirazak.edu.my/yltat/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: