BikeCare-1000: Bantuan Pendahuluan Pembelian Motosikal

Kerajaan Selangor telah membuka permohonan bagi bantuan bayaran pendahuluan pembelian motosikal untuk pekerja menerusi BikeCare-1000.

Berikut adalah maklumat mengenai bantuan ini dan cara untuk memohon.

Mengenai BikeCar-1000

Program BikeCare-1000 adalah satu inisiatif Kerajaan Selangor bagi meringankan beban pekerja Gig atau P-hailing dalam bentuk pembayaran pendahuluan pembelian motosikal.

Ia juga adalah usaha kerajaan negeri bagi membantu rakyat yang memerlukan bantuan dan sokongan dalam menyediakan keperluan kehidupan yang kini sedang mencabar.

Bagi individu yang berminat, permohonan boleh dibuat sebelum 1 Mac 2024.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon bantuan ini adalah seperti di bawah:

  1. Permohonan adalah terbuka kepada warga Selangor sahaja.
  2. Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas sahaja layak untuk memohon.
  3. Pemohon mestilah mempunyai lesen motosikal yang sah.
  4. Pemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh CTOS/CCRIS.
  5. Permohonan yang lengkap sahaja akan dilayan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan menerusi pautan https://drive.google.com/file/d/1ZvyjM4m_fSDQwNbMoZ5GTpWs5jqFeWhR/view.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar semua dokumen ke alamat:

    East Entrance,
    IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam,
    Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,
    40200 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (yang jelas)
  2. Salinan Kad Pengenalan Penjamin (Keluarga terdekat)
  3. Salinan Penyata Bank Terkini (2 bulan )
  4. Salinan Lesen Motosikal
  5. Salinan Slip Gaji Terkini (2 bulan)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai BikeCare-1000, sila hubungi talian 03-5545 2216 atau 03-5544 7307 atau 03-5544 7305.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: