Buku Teks Matematik Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM
Buku Teks Matematik Tingkatan 1 ini diterbitkan berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum Pentaksiran (DSKP) iaitu menyepadukan enam tunjang kerangka KSSM iaitu mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta menerapkan Kemahiran Abad ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) secara eksplisit supaya dapat mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Buku ini mengandungi 13 bab yang telah disusun secara sistematik dan menarik agar dapat memupuk minat murid dalam Matematik.
Setiap bab dimulakan dengan halaman rangsangan melalui foto yang menarik disertai soalan yang merangsang perbincangan dan pemahaman dalam kalangan murid sesuai dengan konteks situasi harian.
Kandungan Buku Teks
Kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:
i) Bab 1 Nombor Nisbah
- Integer
- Operasi Asas Aritmetik yang
- Melibatkan Integer
- Pecahan Positif dan Pecahan Negatif
- Perpuluhan Positif dan Perpuluhan Negatif
- Nombor Nisbah
ii) Bab 2 Faktor dan Gandaan
- Faktor, Faktor Perdana dan Faktor Sepunya Terbesar (FSTB)
- Gandaan, Gandaan Sepunya dan Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK)
iii) Bab 3 Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga dan Punca Kuasa Tiga
- Kuasa Dua dan Punca Kuasa Dua
- Kuasa Tiga dan Punca Kuasa Tiga
iv) Bab 4 Nisbah, Kadar dan Kadaran
- Nisbah
- Kadar
- Kadaran
- Nisbah, Kadar dan Kadaran
- Perkaitan antara Nisbah, Kadar dan Kadaran dengan Peratusan, Pecahan dan Perpuluhan
v) Bab 5 Ungkapan Algebra
- Pemboleh Ubah dan Ungkapan Algebra
- Ungkapan Algebra yang Melibatkan Operasi Asas Aritmetik
vi) Bab 6 Persamaan Linear
- Persamaan Linear dalam Satu Pemboleh Ubah
- Persamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah
- Persamaan Linear Serentak dalam Dua Pemboleh Ubah
vii) Bab 7 Ketaksamaan Linear
- Ketaksamaan
- Ketaksamaan Linear dalam Satu Pemboleh Ubah
viii) Bab 8 Garis dan Sudut
- Garis dan Sudut
- Sudut yang berkaitan dengan Garis Bersilang
- Sudut yang berkaitan dengan Garis Selari dan Garis Rentas Lintang
ix) Bab 9 Poligon Asas
- Poligon
- Sifat Segi Tiga dan Sudut Pedalaman serta Sudut Peluaran Segi Tiga
- Sifat Sisi Empat dan Sudut Pedalaman serta Sudut Peluaran Sisi Empat
x) Bab 10 Perimeter dan Luas
- Perimeter
- Luas Segi Tiga, Segi Empat Selari, Lelayang dan Trapezium
- Perkaitan antara Perimeter dan Luas
xi) Bab 11 Pengenalan Set
- Set
- Gambar Rajah Venn, Set Semesta, Pelengkap bagi suatu Set dan Subset
xii) Bab 12 Pengendalian Data
- Proses Pengumpulan, Pengorganisasian dan Perwakilan Data, serta Pentafsiran Perwakilan Data
xiii) Bab 13 Teorem Pythagoras
- Teorem Pythagoras
- Akas Teorem Pythagoras
Muat Turun Buku Teks Matematik Tingkatan 1
Buku Teks Digital Matematik Tingkatan 1 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:
Skema Jawapan
Skema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:
BACA JUGA : CARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA