Cara Daftar Rider Shopee Express Secara Online

Berminat untuk menjadi rider Shopee Express? Ketahui cara daftar rider Shopee Express secara online sahaja!

Shopee Xpress adalah perkhidmatan penghantaran barang kepada pelanggan yang beroperasi dibawah Shopee Express Malaysia Sdn. Bhd.

Syarikat ini akan menghantar barang yang dibeli oleh pelanggan yang menggunakan aplikasi Shoppee, antara platform jual beli atas talian utama di Malaysia.

Untuk makluman, Shopee merupakan platform beli belah atas talian yang dilancarkan pada tahun 2015 di 7 buah negara di Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Taiwan, Vietnam, dan Filipina.

Platform ini kini berkembang sebagai antara platform beli belah atas talian utama di Malaysia.

Bagi memenuhi permintaan penghantaran barang pelanggan yang semakin meningkat, pihak Shopee mengalu-alukan individu yang berminat untuk menjadi Rider Shopee Express.

Purata Gaji

Purata gaji yang diperoleh oleh setiap rider adalah berbeza dan akan dikira daripada bilangan pakej yang dihantar.

Namun, minimum gaji yang diperoleh adalah RM2000 sebulan dan boleh mencecah sehingga RM4000 sebulan.

Selain gaji, rider juga akan menerima manfaat-manfaat seperti:

  • Elaun prestasi.
  • Insentif kenderaan.
  • Duit minyak petrol dan makanan.
  • EPF, SOCSO dan Insurans

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk menjadi rider di syarikat ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia.
  2. Jantina lelaki diberi kelebihan.
  3. Fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  4. Mempunyai motorsikal sendiri.
  5. Mempunyai lesen kenderaan yang sah, insurans kenderaan.
  6. Mempunyai telefon pintar.
  7. Mempunyai pengalaman kerja minimum kurang daripada setahun.
  8. Permohonan bermula daripada peringkat lepasan SPM.
  9. Bersikap positif dan ada friendly attitude.

Cara Daftar Rider Shopee Express

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://careers.shopee.com.my/.
  2. Klik butang ‘Search Job.’
  3. Pada bahagian ‘Enter keywords,’ masukkan kata kunci ‘Shopee Express.’
  4. Dalam search result, sekiranya ada peluang kerja yang berkaitan dengan rider untuk Shopee Express, klik jawatan tersebut dan maklumat tentang pekerjaan ini seperti Job Description dan Requirements dipaparkan.
  5. Klik butang ‘Apply Now.’
  6. Isi semua maklumat yang diperlukan di ‘Application Form.’
  7. Pada ruangan LinkedIn Profile URL, masukkan URL profil LinkedIn pemohon.
  8. Permohonan selesai.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai rider Shopee Express, sila layari laman web https://careers.shopee.com.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: