Permohonan Pengambilan Tentera Darat 2023

Individu yang berminat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia, pengambilaan Tentera Darat 2023 telah dibuka.

Tentera Darat Malaysia merupakan komponen darat yang terbesar dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pasukan komponen ini terdiri daripada 17 rejimen dan kor dan kemudiannya diaturkan menjadi pasukan-pasukan tempur, pasukan-pasukan bantuan tempur dan pasukan-pasukan bantuan.

Bagi yang berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi 17 Julai 2023 hingga 20 Ogos 2023.

Skim Gaji Tentera Darat

Skim gaji yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,459.00)
  2. SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan : RM1,564.00)
  3. SKM Tahap 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,630.01)
  4. SKM Tahap 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,696.02)
  5. Diploma Perubatan – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,894.05)
  6. Diploma Kejuruteraan – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM2,026.07)

Elaun & Kemudahan

Elaun yang ditawarkan kepada pemohon yang layak adalah seperti berikut:

  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Khidmat
  • Bayaran Insentif Khas
  • Elaun Kepakaran
  • Elauan Imbuhan Perumahan
  • Elaun Perjalanan

Selain itu, pemohon yang layak juga ditawarkan kemudahan seperti:

  • Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
  • Rawatan Perubatan
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Kemudahan Kediaman

Syarat Asas Pengambilan Tentera Darat 2023

Syarat asas untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2022 (Pengambilan Siri 197 2023).
  3. Penglihatan:
    – Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
    – Tidak rabun warna.
  4. Pendengaran: Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  6. Taraf kesihatan: Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Syarat Fizikal

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat fizikal iaitu:

  1. Tinggi:
    – Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
    – Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  2. Berat:
    – Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
    – Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
  3. Indeks Jisim Badan (BMI):
    – Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0

Syarat Akademik

Pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan iaitu:

  1. Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf.
  2. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian seperti berikut:
    – Bahasa Melayu
    – Bahasa Inggeris
    – Sains
    – Matematik
    – Sejarah

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi kelayakan tambahan iaitu:

  1. Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
  2. Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
  3. Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.

Cara Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan seperti langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan permohonan berikut:
    – Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- https://mims.mod.gov.my/sppmtd/ (tekan advanced dan seterusnya Proceed to mims.gov.my (unsafe); atau
    – Jom Masuk Tentera – https://jmt.mod.gov.my/
  2. Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:
    – Nama penuh
    – No kad pengenalan
    – Jantina
    – No telefon (Boleh dihubungi)
    – Email (Aktif)
    – Kata laluan (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
  3. Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (yang didaftarkan).
  4. Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohonan menggunakan huruf besar.
  5. Setelah maklumat lengkap diisi, klik butang ‘Hantar.’
  6. Untuk membuat semakan, pemohon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian ‘Semak Status Permohonan’ di akaun yang telah didaftarkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pengambilan Tentera Darat 2023, sila layari laman web https://army.mil.my/index.php/ms/kerjaya/iklan-pengambilan/panduanpermohonan?fbclid=IwAR0Pf60Oox6Gx2VVr_cY_6GJkb3vChsBzfWbWukrr0HugrFhkAXfOCKAGc0.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: