Graduan yang telah menamatkan pengajian di IPT dan akan menempuhi dunia pekerjaan, mereka boleh berbuat demikian menerusi program PROTEGE Ready-To-Work (RTW).
PROTEGE-RTW adalah sebuah inisiatif KUSKOP bagi membantu graduan yang sedang mencari pekerjaan dan menerapkan ilmu keusahawanan ketika menjalani latihan di bawah syarikat pelaksana program.
Program ini juga akan membantu graduan meningkatkan potensi kebolehpasaran dan memberikan pengalaman pekerjaan yang sebenar melalui penempatan pekerjaan di pelbagai industri yang mengambil perhatian.
Graduan yang berminat menyertai program ini boleh membuat pendaftaran di atas talian dengan segera.
7 Latihan Kemahiran Insaniah
7 latihan kemahiran insaniah yang akan diterima oleh graduan adalah seperti berikut:
- Kemahiran Komunikasi (Communication and Networking Skills): Melatih graduan menguasai kemahiran asas dalam Business Communication menggunakan Bahasa Inggeris sama ada melalui penulisan dan percakapan serta kemahiran untuk meluaskan rangkaian kenalan.
- Pemikiran Kritis dan Kreatif (Creative and Analytical Thinking): Mengasah kemahiran berfikir graduan secara kreatif, kritis serta analitikal dalam membuat keputusan.
- Profesional Berteraskan Nilai (Value Driven Professional): Membentuk graduan supaya menjadi golongan profesional yang mempunyai nilai positif seperti kepimpinan, integriti dan sentiasa memperbaiki diri sendiri dan pasukan.
- Kebolehan Adaptabiliti dalam Organisasi (Organizational Adaptability): Menyesuaikan graduan dengan persekitaran bekerja secara langsung dalam organisasi termasuk penerapan nilai-nilai positif syarikat
- Penjagaan Imej, Etika dan Protokol (Grooming and Etiquette): Menambah baik penampilan graduan mengikut imej korporat, etika dan protokol di tempat kerja mahupun di majlis rasmi.
- Keusahawanan 101 (Entrepreneurship 101): Memupuk “Entrepreneurial Mindset” dalam jati diri graduan untuk menjadikan peserta lebih proaktif, mengambil risiko, tabah, menyelesaikan masalah secara inovasi dan fleksibiliti dalam alam pekerjaan.
- Kelestarian Alam Sekitar dan Kesan Sosial (Environment Sustainability and Social Impact): Menggalakkan graduan menjadi golongan profesional sama ada sebagai usahawan atau pekerja yang mementingkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam persekitaran dan hidupan liar serta sentaisa memberi impak positif kepada masyarakat sekeliling dalam apa jua keputusan yang bakal diputuskan.
Tempoh Program
Tempoh program yang akan ditempuh oleh para graduan adalah 8 bulan sehingga 12 bulan.
Elaun Bulanan
Elaun bulanan yang akan diterima adalah seperti berikut:
Kelayakan | CSR | Obligasi Arahan Pekeliling Perbendaharaan (PP/PK1.2) |
Ijazah dan ke atas | RM1,500 | RM2,000 |
Diploma | RM1,500 | – |
Cara Mendaftar
Untuk mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik pautan pendaftaran berikut https://www.surveymonkey.com/r/data_graduan_protege_rtw.
- Isi semua maklumat yang diperlukan.
- Muat naik resume.
- Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan pendaftaran.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai PROTEGE-RTW, sila hubungi di talian 03-2935 8989 (ext.104).