UPSRA 2023: Tarikh Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama 

Bagi murid yang mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) 2023, tarikh peperiksaan akan dijalankan tidak lama lagi.

UPSRA merupakan ujian yang dijalankan untuk Tahun 6 di Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) dibawah kelolaan Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Ujian ini adalah berbeza sama sekali dengan Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK.

Menurut JAWI, ujian dilaksanakan bertujuan memastikan tahap pembelajaran murid berdasarkan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) dapat dicapai. 

Ini juga adalah indikator penting untuk mengukur kemenjadian murid dari aspek akademik sekali gus menjadi nilai tambah dalam proses pemilihan murid bagi kemasukan ke sekolah menengah pada setiap tahun.

Untuk tahun 2022, seramai 508 calon berjaya mendapat keputusan 7A bagi ujian ini manakala 542 calon pula mendapat keputusan 6A sekali gus menyaksikan peratusan lulus bagi seluruh mata pelajaran meningkat kepada 97.8 peratus tahun tersebut berbanding 94.3 peratus tahun 2021.

Mata Pelajaran UPSRA

Terdapat 9 mata pelajaran melibatkan ujian ini iaitu:

  • Al-Quran
  • Tajwid
  • Bahasa Arab
  • Fekah
  • Tauhid
  • Akhlak
  • Sirah
  • Jawi
  • Khat

Skor Pemarkahan

Murid akan dinilai pemarkahan mereka menerusi pangkat-pangkat berikut:

  • Mumtaz (Cemerlang)
  • Jayyid Jiddan (Sangat baik)
  • Jayyid (Baik)
  • Maqbul (Lulus)
  • Musaadah (Perlu Bimbingan)

Pelaksanaan Percubaan UPSRA

Sebelum peperiksaan sebenar, murid perlu menjalani peperiksaan percubaan yang berlangsung pada 2 hingga 6 Oktober 2023.

Jadual peperiksaan ini boleh dirujuk menerusi gambar di bawah:

Ibu bapa atau guru boleh mendapatkan buku latihan UPSRA untuk latihan murid di SINI.

Tarikh Pelaksanaan Ujian Bertulis

Tarikh pelaksanaan ujian ini bagi bertulis akan dijalankan di seluruh Wilayah Persekutuan untuk tahun 2023 adalah pada 20 November hingga 24 November 2023.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai UPSRA 2023, sila layari laman web http://jawi.gov.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: