Cuti Sekolah & Kalendar Akademik 2024/2025
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim sesi persekolahan dan cuti sekolah (cuti sek) bagi kalendar akademik sesi 2024/2025 untuk rujukan para ibu bapa dan guru.
Pihak KPM memaklumkan sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan A akan bermula pada 10 Mac 2024 sehingga 15 Februari 2025.
Manakala untuk sekolah bagi negeri Kumpulan B pula, sesi persekolahan akan bermula pada 11 Mac 2024 sehingga 16 Februari 2024.
Negeri Kumpulan
Penentuan tarikh bagi sesi persekolahan dan kalendar akademik dibahagikan mengikut 2 negeri kumpulan iaitu:
i) Negeri Kumpulan A
- Terengganu
- Kelantan
- Johor
- Kedah
ii) Negeri Kumpulan B
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Perlis
- Pahang
- Perak
- Pulau Pinang
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Wilayah Persekutuan Labuan
Tarikh Sesi Persekolahan & Cuti Sekolah Sesi 2024/2025
Sesi persekolahan bagi 2024/2025 akan bermula pada 10 Mac 2024 sehingga 15 Februari 2025 di negeri kumpulan A.
Tarikh mula dan akhir persekolahan serta jumlah hari dan minggu boleh dirujuk melalui butiran di bawah:
Untuk negeri kumpulan B pula, tarikh sesi persekolahan 2024/2025 seperti yang ditetapkan adalah pada 11 Mac 2024 sehingga 16 Februari 2024.
Perincian tarikh mula dan akhir persekolahan serta jumlah hari dan minggu bagi negeri kumpulan B boleh dirujuk melalui gambar di bawah:
Cuti Perayaan 2024/2025
Selain itu, KPM juga memaklumkan terdapat juga penambahan cuti perayaan yang telah diperuntukkan bagi Kumpulan A dan Kumpulan B.
Cuti perayaan yang terlibat dalam penambahan cuti ini adalah seperti berikut:
- Hari Raya Aidilfitri
- Hari Deepavali
Butiran penambahan cuti perayaan mengikuti negeri kumpulan adalah seperti berikut:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai tarikh persekolahan dan cuti sekolah KPM bagi kalendar akademik 2024/2025, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia https://www.moe.gov.my/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/surat-siaran/bahagian-pengurusan-sekolah-harian/5993-surat-siaran-bil-7-tahun-2023-kalendar-akademik-sesi-20242025/file.