Pentaksiran Psikometrik KPM: Maksud & Contoh Soalan

Untuk makluman, Pentaksiran Psikometrik KPM telah diperkenalkan dan dilaksanakan sejak tahun 2007 lagi.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan pentaksiran ini sebagai langkah untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan psikologi murid melalui kaedah pentaksiran psikometrik.

Fungsi pentaksiran psikometrik ialah mengumpul data khususnya tentang maklumat profil murid.

Maklumat profil murid yang lengkap dan menyeluruh kemudiannya akan dapat membantu warga pendidik mengenal pasti potensi murid dan menggilap potensi ini.

Maksud Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang dapat menggambarkan ciri, atribut atau tretpersonaliti seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau afektif.

Pentaksiran ini merupakan instrumen yang direka bentuk untuk menghasilkan penilaian kuantitatif tentang beberapa atribut psikologi.

Di Malaysia, pentaksiran psikometrik dalam sistem pendidikan merujuk kepada aktiviti pentaksiran yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi murid, personaliti, bakat, minat dan kecenderungan.

Pentaksiran ini juga digunakan untuk mengenal pasti tret yang boleh dikembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah.

Tujuan Pentaksiran

Tujuan pentaksiran ini dilaksanakan adalah untuk:

  1. Mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir.
  2. Mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi individu atau kumpulan.
  3. Memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagimeningkatkan perkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi murid.
  4. Menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau realistik.
  5. Meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan individu.
  6. Menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik bagi meluaskanaspirasi kerjaya murid.

Komponen Pentaksiran

Komponen pentaksiran yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

1) Aptitud

Aptitud ialah komponen kompetensi sama ada yang bersifat semula jadi atau yang diperoleh, dipelajari atau dibangunkan melalui proses pembelajaran.

Ujian ini memperihalkan kesediaan dan potensi murid dari segi mental atau fizikal untuk mempelajari sesuatu perkara atau melakukan sesuatu kerja pada tahap tertentu pada masa akan datang.

2) Personaliti

Instrumen personaliti dilaksanakan kepada murid bertujuan untuk murid mengenal personaliti, menyedari kebolehan dan potensi diri, ibu bapa mengenal pasti personaliti anak, murid merancang hala tuju kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti, guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan bersesuaian dengan kebolehan murid.

Inventori Tret Personaliti yang dibangun oleh KPM mempunyai 15 kontruk iaitu:

  • Autonomi
  • Kreatif
  • Agresif
  • Ekstrovert
  • Pencapaian
  • Kepelbagaian
  • Intelektual
  • Kepimpinan
  • Struktur
  • Resilien
  • Menolong
  • Analitikal
  • Kritik diri
  • Wawasan
  • ketelusan

3) Kerjaya

Inventori Minat Kerjaya (IMK) dilaksanakan kepada murid tingkatan 1, 3, dan 5 di sekolah menengah bermatlamatkan murid tahun tentang minat, personaliti dan hala tuju kerjaya semasa persekolahan selepas tamat persekolahan.

Murid akan didedahkan dengan 6 kod mata Holland yang dominan dengan diri mereka.

6 mata Holland tersebut adalah:

  • Realistik
  • Investigatif
  • Artistik
  • Sosial
  • Enterprising
  • Konvensional

Contoh Soalan

Contoh soalan bagi pentaksiran ini adalah seperti berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: