Doa Untuk Palestin Beserta Maksudnya

Sebagai umat Islam yang menyayangi saudara-saudara kita di Palestin, antara perkara yang boleh dilakukan oleh kita semua adalah doa untuk Palestin.

Sehingga kini, lebih 8,000 penduduk Palestin terbunuh di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat yang mana lebih 3,500 kanak-kanak antara mangsa yang maut dalam serangan tentera Israel.

Perang antara Israel dan Palestin ini telah menyebabkan angka kematian dicatatkan tertinggi di Gaza sejak rejim zionis itu keluar dari wilayah itu pada 2005.

Jumlah kematian yang tinggi dicatatkan di Palestin adalah berpunca daripada serangan udara dan tembakan meriam yang memusnahkan ratusan bangunan dan kediaman penduduk di negara tersebut.

Kepentingan Doa

Doa menurut Imam al-Khattabi adalah sesuatu pemohonan hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan pertolongan-Nya dan juga bantuan daripada-Nya. 

Tambahan pula, Allah SWT telah menjadikan doa sebagai sebab untuk meraih apa yang diinginkan.

Firman Allah SWT berfirman S.W.T dalam Surah Ghafir ayat ke-60 yang bermaksud:

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Oleh kerana itulah, Rasulullah S.A.W menganjurkan umatnya untuk berdoa seperti hadis daripada Ibn Umar R.A, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya doa bermanfaat terhadap apa yang telah diturunkan dan apa yang belum diturunkan. Hendaklah kamu berdoa wahai hamba Allah” (Riwayat al-Tirmizi (3548).

Ini menunjukkan pentingnya untuk berdoa dan mengharapkan setiap doa diterima oleh Allah S.W.T terutamanya untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin.

Senarai Doa Untuk Palestin

Antara senarai doa yang boleh dibacakan untuk mendoakan penduduk di Palestin adalah seperti berikut:

Maksudnya: Ya Allah, tolonglah kaum Muslimin dan Mujahidin di Palestin. Ya Allah, binasakanlah kaum Yahudi dan pasukan Israel dan cerai-beraikanlah kesatuan mereka.

Maksudnya: Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum Muslimin. Ya Allah, bantulah kaum Muslimin dan Mujahidin di Palestin. Ya Allah, tetapkanlah Iman mereka, turunkanlah ketenteraman dalam hati-hati mereka, dan satukanlah saf-saf mereka.

Maksudnya: Ya Allah, selamatkanlah saudara-sauudara kami di Gaza. Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin. Ya Allah, selamatkanlah orang-orang yang lemah dari kalangan orang-orang beriman. Ya Allah, keraskanlah siksaan-Mu ke atas golongan Zionis yang melampaui batas dan timpakanlah kepada mereka musim kemarau sebagaimana terjadi di zaman Yusuf.

Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami(kami serah kepadaMu). Dan kami berlindug degan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! cerai-beraikan himpunan mereka. Pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka. Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu. Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha Perkasa, Wahai Tuhan yang maha membalas. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Allah Tuhan yang menurunkan kitab( al-Quran), Tuhan yang menggerakkan langit. Tuhan yang mengalahkan tentera Ahzab, kalahkan mereka, dan tolonglah kami ke atas mereka.

Artikel berkaitan: Qunut Nazilah: Hukum & Panduan Membacanya

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: