Celik Digital: Penilaian Kemahiran Digital Penjawat Awam

Celik digital merupakan ujian untuk menilai keupayaan penjawat awam untuk mencari, menilai dan menggunakan maklumat melalui platform digital (Wikipedia).

Secara khusus, ini adalah kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan komputer dan Internet dalam kehidupan seharian, pekerjaan dan juga pembelajaran (Northstar Digital
Literacy).

Pelaksanaan ujian ini adalah berpandukan kepada Malaysia Digital Economy Blueprint (MyDigital) yang telah dilancar pada 19 Februari 2021.

Kerajaan Malaysia sebelum ini telah menetapkan hala tuju ekonomi digital negara dan membina asas untuk memacu inisiatif-inisiatif pendigitalan merangkumi kluster kerajaan, kluster rakyat dan kluster perniagaan.

Objektif Celik Digital

Objektif pelaksanaan ujian ini adalah untuk merealisasikan aspirasi kerajaan untuk mencapai 100% penjawat awam yang celik digital menjelang tahun 2025.

Peringkat Penilaian

Program ini mempunyai dua peringkat yang perlu dilalui oleh penjawat awam iaitu:

  • Membuat penilaian tahap kematangan celik digital penjawat awam terlebih dahulu melalui platform celik digital secara atas talian.
  • Memastikan penjawat awam menghadiri kursus/latihan yang diperlukan.

Kekerapan Penilaian

Setiap penjawat awam perlu melaksanakan penilaian melalui platform celik digital ini sekali sahaja.

Untuk cadangan kursus/latihan yang perlu dihadiri akan terus dimaklumkan kepada penjawat awam tersebut.

Bentuk Penilaian

Penilaian ini akan melibatkan 50 soalan yang perlu dijawab secara atas talian/online dalam masa 2 jam.

Sekiranya mereka terpaksa berhenti disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan atau talian internet terputus, mereka boleh log in semula dan sambung menjawab soalan seterusnya dengan baki masa yang ada.

Tatacara Login

Untuk login ke platform ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.celikdigital.gov.my/.
  2. Klik butang “Belum Mendaftar? Klik Sini.”
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang “Semak.”
  4. Jika nama mereka mempunyai rekod, ikuti langkah seterusnya.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai perkara ini, sila layari laman web https://www.celikdigital.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: