Pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin Di Bawah Institusi KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyahut pendirian kerajaan Malaysia untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin menerusi pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin.

Minggu Solidariti Palestin ini dilaksanakan sebagai satu bentuk solidariti terhadap nilai kemanusiaan yang mementingkan kedamaian dan keamanan sejagat.

Ini kerana dalam masa yang sama kemajuan teknologi media dan komunikasi pada hari ini menyebabkan murid-murid terdedah kepada pelbagai jenis kandungan termasuk yang berkaitan dengan konflik antarabangsa dan krisis kemanusiaan.

Oleh kerana itulah pelaksanaan intervensi diperlukan untuk memberi pencerahan kepada murid-murid berkenaan perkara ini.

Mengenai Minggu Solidariti Palestin

Minggu Solidariti Palestin adalah kesinambungan penerapan nilai-nilai murni yang berteraskan sikap hormat-menghormati, kasih sayang, bertanggungjawab dan kegembiraan seperti yang terkandung dalam Pendidikan Sivik di sekolah.

Selain itu, menerusi penganjuran program ini murid-murid turut diberi pendedahan kepada Elemen Merentas Kurikulum (EMK) khususnya yang berkaitan dengan kelestarian global.

Program ini melibatkan semua institusi pendidikan bawah KPM iaitu sekolah, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru seluruh negara.

Objektif Pelaksanaan

Objektif pelaksanaan minggu tersebut adalah seperti berikut:

  • Mendidik murid-murid nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan.
  • Membentuk sikap empati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial.

Tarikh Pelaksanaan

Tarikh pelaksanaan program-program dalam minggu tersebut adalah 29 Oktober hingga 3 November 2023.

Aktiviti Dijalankan

Untuk minggu tersebut, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan dan akan disesuaikan berdasarkan kepada garis panduan sedia ada, sekolah dan kumpulan murid terlibat.

Aktiviti kerohanian seperti solat hajat dan bermunajat hanya akan melibatkan murid-murid beragama Islam sahaja.

Situasi Terkini Di Palestin

Perang di Palestin telah tercetus sejak 7 Oktober 2023 yang lalu yang menyaksikan lebih 7,028 rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Seramai 2.3 juta penduduk Gaza telah kehabisan makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api, manakala konvoi bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza hanya membawa sebahagian kecil daripada apa yang diperlukan.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Minggu Solidariti Palestin, sila klik pautan https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyataan-media/km-pelaksanaan-minggu-solidariti-palestin-di-institusi-pendidikan-bawah-kpm.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: