Permohonan DPPPI USIM 2024 (Kemasukan September)

Kepada individu yang ingin menjadi bakal guru dalam bidang Pendidikan Islam, anda boleh memohon Diploma Pascasiswazah Pendidikan-Pendidikan Islam (DPPPI) USIM 2024 bagi sesi September di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.

Mengenai DPPPI USIM

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) yang dahulunya dikenali sebagai Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam) telah diluluskan mulai sesi pengajian Januari 2008/2009 semasa di bawah pengurusan USIM.

Kelulusan ini berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi Bilangan 9/2007 yang diadakan pada 26 November 2007.

Penawaran DPPPI mula diuruskan oleh USIM Tijarah bagi kohort 1, sesi September 2018/2019.

Program ini menyediakan platform formal bagi para siswazah untuk melengkapkan diri dengan kemahiran ikhtisas yang melayakkan mereka untuk menjadi guru yang diiktiraf.

Selain itu, program ini juga ditawarkan khusus untuk membentuk guru yang berkemahiran dalam ilmu akademik dan pedagogi dalam disiplin Pendidikan Islam yang bestari dan berketerampilan dalam pembelajaran dan pengajaran.

Bagi mereka yang berminat, permohonan bagi kemasukan Oktober 2024 kini dibuka sehingga 15 Julai 2024.

Syarat Umum

Syarat umum untuk memohon pengajian ini adalah seperti berikut:

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang Рsekurangnya 2.75 atau pangkat Jayyid; atau
  2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti; atau
  3. Pelajar semester akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia juga boleh memohon; dan
  4. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
  5. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai; dan
  6. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan temu duga yang ditetapkan.

Syarat Khusus

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Pengajian Islam atau yang berkaitan dari mana-mana IPTA Tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75 atau pangkat Jayyid; dan
  2. Mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab Komunikasi dan mana-mana DUA (2) daripada mata pelajaran berikut di peringkat SPM;
    – Pendidikan Islam
    – Tassawur Islam
    – Pendidikan Syariah Islamiyyah
    – Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah; dan
  3. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu mata pelajaran lain di peringkat SPM; dan
  4. Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan pengajian Diploma ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://icgs.usim.edu.my/.
  2. Buka akaun.
  3. Log masuk dan lengkapkan permohonan.
  4. Hantar permohonan.
  5. Buat pembayaran proses sebanyak RM60.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai DPPPI USIM ini, sila layari laman web https://fpbu.usim.edu.my/program-details/?pid=94&mibextid=Zxz2cZ&fbclid=IwAR1aES2DxQszEmE2mwWjX2hKm-BHmiiQQlerJ9Oe7NGGNFpvSnPoFgRNXsM.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: