eGTukar: Semakan Keputusan Pertukaran Guru Mulai 2 September 2022

Para guru yang sebelum ini membuat permohonan pertukaran tempat mengajar bagi penggal ketiga boleh membuat semakan keputusan menerusi sistem eGTukar mulai 2 September 2022, jam 5.00 petang.

eGTukar adalah sistem pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah) dan guru.

Sistem ini adalah merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.

Untuk pengetahuan, sistem ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Kriteria Pertukaran

Kriteria pertukaran yang melayakkan guru untuk memohon pertukaran adalah seperti berikut:

  • Kekosongan jawatan.
  • Kepentingan perkhidmatan.
  • Keperluan opsyen di negeri yang dimohon.

Jenis Guru Layak Memohon

Terdapat beberapa jenis guru yang layak memohon pertukaran melalui eGTukar iaitu:

  • Guru Cemerlang
  • Guru Tingkatan 6
  • Guru Penolong Gred DG29
  • DG32 (KUP Time-based)
  • DG34 (KUP Time-based)
  • DG38 (KUP Time-based)
  • DG41
  • DG42
  • DG44 (KUP Time-based)
  • DG48 (KUP Time-based)
  • DG52 (KUP Time-based)
  • DG54 (KUP Time-based) sahaja

Tatacara Membuat Semakan

Semakan keputusan pertukaran ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web eGTukar iaitu https://epgo.moe.gov.my/.
  2. Masukkan Id Pengguna, Kata Laluan, dan No Kad Pengenalan.
  3. Klik “Daftar Masuk.”
  4. Semak keputusan permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai keputusan pertukaran tempat mengajar untuk guru ini, sila layari https://epgo.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: