e-Reporting PDRM: Buat Report Polis Secara Online

Bagi memudahkan urusan orang ramai membuat report polis, Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) telah memperkenalkan laman web untuk membuat report polis secara online menerusi e-Reporting PDRM.

e-Reporting PDRM adalah satu inisiatif Polis Diraja Malaysia untuk memudahkan orang awam membuat repot polis secara online melalui Internet.

Kemudahan ini disediakan khas untuk membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang yang tidak berkait dengan jenayah.

Mengenai e-Reporting PDRM

Laman web ini adalah satu perkhidmatan yang diperkenalkan oleh PDRM bagi membolehkan orang awam untuk membuat laporan polis secara atas talian.

Walau bagaimanapun, laman web ini adala kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dan perlu mendaftar dalam sistem ini bagi membolehkan mereka mengakses pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang mempunyai liputan internet.

Jenis Aduan Yang Boleh Dilaporkan

Terdapat 8 jenis aduan yang boleh dilaporkan dalam laman web ini iaitu:

  • Laporan hilang/tercicir kad pengenalan.
  • Laporan hilang/tercicir lesen memandu.
  • Laporan hlang/tercicir Kad Kredit/ATM.
  • Laporan hilang telefon bimbit.
  • Laporan hilang komputer riba (Laptop).
  • Laporan hilang road tax.
  • Laporan pembantu rumah lari – Bagi tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja.
  • Laporan kehilangan, kerosakan peralatan atau dokumen akibat bencana alam.

Kesalahan Membuat Report Palsu

Sekiranya terdapat individu yang membuat report polis palsu, mereka akan didakwa:

  • Seksyen 182, Kanun Keseksaan (Akta 574)- Memberi maklumat palsu yang membawa hukuman maksimum 6 bulan penjara, atau denda yang boleh sampai dua ribu ringgit (RM2,000.00), atau kedua-duanya sekali.
  • Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998- Menggunakan kemudahan rangkaian untuk menghantar apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang palsu yang embawa hukuman maksimum 1 tahun penjara, atau denda yang boleh sampai lima puluh ribu ringgit (RM50,000.00), atau kedua-duanya sekali dan boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan kesalahan.

Tatacara Membuat Report

Untuk membuat report polis menerusi laman web ini, sila ikuti tatacara berikut:

  1. Layari laman web di pautan https://ereporting.rmp.gov.my/.
  2. Daftar dan log masuk di dalam laman web tersebut.
  3. Isi butiran pengadu.
  4. Isi butiran-butiran kejadian yang berlaku.
  5. Isi keterangan kejadian
  6. Hantar laporan tersebut.
  7. Cetak untuk menerima salinan report.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai laman web ini, sila layari https://ereporting.rmp.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: