Permohonan Rumah PPR 2024: Sewa RM124 Sebulan

Orang ramai berpendapatan rendah boleh memiliki rumah menerusi rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) 2024 dengan sewa bulanan serendah RM124 sebulan.

Berikut merupakan maklumat mengenai perumahan ini dan cara untuk memohon.

Mengenai Rumah PPR 2024

Program Perumahan Rakyat adalah sebuah program untuk penempatan semula setinggan untuk rakyat Malaysua bagi memenuhi keperluan golongan yang tidak berkemampuan ataupun berpendapatan rendah untuk memilki rumah.

Program ini dilaksanakan di bawah Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah sebuah agensi pelaksana utama bagi projek-projek di seluruh Malaysia. 

Menariknya, semua rumah dibawah program PPR akan menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2)

Kategori Rumah PPR

Kategori bagi rumah PPR ini adalah seperti berikut:

i) PPR Disewa

  • Bayaran RM124 sebulan

ii) PPR Dimiliki 

  • RM35,000 seunit (Semenanjung Malaysia)
  • RM42,000 seunit (Sabah dan Sarawak)

Reka Bentuk Rumah PPR 2024

Reka bentuk rumah ini adalah seperti berikut:

  1. Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 6 hingga 18 tingkat
  2. Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  3. Keluasan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  4. Kemudahan Asas:
    – Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    – Surau/Ruang Solat
    – Gerai Makan/Ruang Niaga
    – Tadika
    – Kemudahan OKU
    – Taman Permainan/Kawasan Lapang
    – Rumah Sampah

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakn untuk rumah ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon dan pasangan mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
  4. Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah.
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal Sistem Pengurusan Rumah Negara (SPRN) di pautan https://sprn.kpkt.gov.my.
  2. Klik ‘Daftar Akaun.’
  3. Isikan nama, no kad pengenalan dan emel lalu klik butang Daftar. Notifikasi ‘Sila semak emel anda’ akan dipaparkan.
  4. Semak emel yang telah didaftarkan dan klik pautan yang diberikan untuk aktifkan akaun pengguna.
  5. Cipta kata laluan baru dan klik butang ‘Simpan.’
  6. Log Masuk Pemohon dengan isi No Kad Pengenalan.
  7. Klik butang ‘Log Masuk.’
  8. Dalam ‘Dashboard’ SPRN, klik pautan ‘Pilih Skim.’
  9. Baca syarat kelayakan untuk setiap skim dan pilik projek yang dibuka untuk permohonan dengan klik buang Pilih Skim
  10. Ikuti arahan selanjutnya dengan mengisi maklumat yang diperlukan sehingga selesai proses pendaftaran.
  11. Setelah lengkap permohonan, kemaskini permohonan dengan klik butang Kemaskini Permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai rumah PPR 2024, sila hubungi:

  • 03-8891 4052 (Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan)
  • 03-8891 4278 (Kuala Lumput, Sabah, Sarawak)
  • 03-8891 4028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: