Bantuan Khas Mahasiswa Perak 3.0 B40 One-Off RM200

Kerajaan Negeri Perak telah membuka permohonan Bantuan Khas Mahasiswa Perak 3.0 khusus kepada mahasiswa B40 di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Shaarani.

Bantuan khas ini dijayakan dibawah Pejabat Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi & Sumber Manusia, melalui agensi pelaksana Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Yayasan Perak, Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Gerakan Mahasiswa Perak (GMPk).

Untuk makluman, Bantuan Khas Mahasiswa Perak 3.0 adalah bantuan secara one-off yang disalurkan kepada mahasiswa B40 di Negeri Perak.

Bantuan ini diharap dapat meringankan beban mahasiswa B40 di Negeri Perak untuk meneruskan pengajian tinggi mereka.

Untuk mahasiswa B40 yang berminat, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian sebelum 14 Oktober 2022.

Jumlah Bantuan

Untuk mahasiswa yang layak, jumlah bantuan yang ditawarkan menerusi bantuan ini adalah sebanyak RM200 secara one-off.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Mahasiswa Anak Perak dari keluarga B40
  2. Mahasiswa peringkat Sijil, Matrikulasi Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana (Master) sepenuh masa di dalam negara.
  3. Tidak menerima Bantuan Kewangan Pendidikan dari Kerajaan Negeri/Persekutuan/Korporat.
  4. Keutamaan diberikan kepada Mahasiswa Anak Negeri dan beralamat di Perak.
  5. Perlu memberikan bukti masih belajar di IPT (Surat Tawaran atau Keputusan Peperiksaan Semester terkini.
  6. Pemberian bantuan adalah terhad kepada 5,000 penerima terawal mengikut terma dan syarat.
  7. Penerima Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Perak tahun 2022 tidak layak menerima bantuan ini.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan https://hestechperak.com/permohonan-bantuan-khas-mahasiswa-perak/?fbclid=IwAR0jKz-Hu5eXY6ur6G0sTLVOWrjZLH2nZtpQjODLVw63edWEHyeG1DmVwHI.
  2. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  4. Klik “Hantar” untuk menghantar permohonan tersebut.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai bantuan ini, hantar whatsapp ke link berikut http://wasap.my/60182974725/bantuankhasmahasiswaperak2022 atau http://wasap.my/60194000514/bantuankhasmahasiswaperak2022

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: