Etika Pemakaian Batik Malaysia Penjawat Awam Persekutuan

Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan pekeliling yang mewajibkan pemakaian batik Malaysia semasa bekerja untuk penjawat awam persekutuan.

Untuk makluman, pemakaian batik oleh pegawai perkhidmatan awam telah telah dilaksanakan sejak 1985 lagi.

Untuk memastikan sokongan industri batik dan kekal sebagai warisan serta lambang identiti rakyat Malaysia, kerajaan bersetuju agar semua penjawat awam diwajibkan memakai batik ini setiap hari Khamis dan digalakkan pemakaiannya pada hari yang lain.

Arahan terbaharu ini adalah berdasarkan surat pekeliling JPA.100-1/4/1(13).

Mengenai Batik Malaysia

Batik ini merupakan seni kraf hasil kerja tangan sepenuhnya atau sebahagiannya yang mempunyai motif beridentitikan seni dan budaya masyarakat Malaysia melalui proses pembuatan batik dengan menggunakan Jilin batik atau bahan serta teknik halangan warna bagi menghasilkan reka corak.

Batik ini terdiri daripada:

  • Batik Lukis
  • Batik Sutera Saring
  • Batik Terap
  • Batik Alternatif

Antara ciri-ciri utama batik ini adalah seperti berikut:

  • Bahagian luar berwarna terang dan bahagian dalam berwarna pudar
  • Lazimnya merupakan batik canting

Pemakaian Batik

Bagi lelaki, pemakaian batik ini mestilah berlengan panjang sama ada:

  • Berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang tiga.
  • Berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang lima.
  • Berkolar Nehru butang terselindung.
  • Berkolar Mandarin berbutang tiga.

Pengecualian Pemakaian Batik

Pemakaian batik ini dikecualikan kepada mereka yang:

  • Dibekalkan pakaian seragam
  • Menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod pakaian tertentu

Sumber:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: