Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2024

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan senarai tarikh bayaran gaji penjawat awam untuk tahun 2024.

Berikut adalah maklumat mengenai tarikh bayaran gaji penjawat awam 2024.

Mengenai JANM

Untuk makluman, JANM telah diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. 

Antara fungsi jabatan ini adalah:

  • Menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan mengikut kehendak perundangan dan piawaian perakaunan yang diterima umum.
  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan perakaunan kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
  • Memastikan pematuhan dan penguatkuasaan tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang berkaitan.
  • Mewujudkan sistem maklumat perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan.
  • Menguruskan dana dan aliran tunai kerajaan.
  • Menguruskan skim perkhidmatan perakaunan di bawah Ketua Perkhidmatan ANM.
  • Menguruskan perkhidmatan perakaunan kerajaan.
  • Membangunkan modal insan dalam bidang perakaunan dan kewangan sektor awam.
  • Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965.

Sumber : https://www.anm.gov.my/perkhidmatan/pembayaran-gaji

Tarikh Pembayaran Gaji 2024

Pelaksanaan tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam tahun 2024 ini adalah berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.4(12) bertarikh 1 November 2023: Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024.

Senarai tarikh pembayaran gaji seperti yang ditetapkan adalah seperti berikut:

BulanTarikhHariCatatan
Januari24.01.2024RabuHari Thaipusam
25 Januari 2024 (Khamis)
Februari23.02.2024JumaatTahun Baru Cina
10 & 11 Februari 2024
(Sabtu & Ahad)
Mac25.03.2024Isnin
April25.04.2024KhamisHari Raya Puasa
10 & 11 April 2024
(Rabu & Khamis)
Mei24.05.2024JumaatHari Pesta Kaamatan
30 & 31 Mei 2024
(Khamis & Jumaat)
Jun13.06.2024KhamisHari Gawai
1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad)

Hari Raya Haji
17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)
Julai19.07.2024Jumaat
Ogos23.08.2024Jumaat
September25.09.2024Rabu
Oktober24.10.2024KhamisHari Deepavali
31 Oktober 2024 (Khamis)
November25.11.2024Isnin
Disember19.12.2024KhamisHari Krismas
25 Disember 2024 (Rabu)

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai tarikh bayaran gaji tahun 2024, sila hubungi talian 03-8882 1624/1612/1622/1611 atau menghantar email ke alamat [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: