Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2024

Pesara kerajaan yang bakal menerima pencen pada tahun 2024 boleh menyemak tarikh bayaran pencen bagi tahun 2024.

Berikut dinyatakan tarikh pembayaran pencen pesara kerajaan bagi tahun 2024 oleh Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Mengenai Skim Pencen Pesara Kerajaan

Skim pencen adalah skim yang memanjangkan faedah persaraan kepada tanggungan anggota berpencen yang meninggal dunia sama ada semasa masih dalam perkhidmatan Kerajaan ataupun selepas bersara.

Faedah ini dikenali sebagai Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan.

Mereka yang berpencen yang bersara atau dikehendaki bersara dari perkhidmatan Kerajaan layak dibayar faedah-faedah persaraan berikut:

  • Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan).
  • Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekaligus).
  • Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, di mana berkenaan (bayaran sekaligus).

Kadar Ganjaran & Pencen

Kadar ganjaran dan pencen yang akan dibayar bergantung kepada tempoh perkhidmatan yang diambilkira dan gaji hakiki bulanan yang akhir diterima oleh anggota itu.

Cara pengiraan adalah seperti berikut:

i) Ganjaran

7.5% x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima.

ii) Pencen

1/600 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima.

Ini adalah tertakluk kepada pencen maksimum tiga perlima (3/5) daripada gaji akhir (dicapai apabila berkhidmat selama 30 tahun atau 360 bulan tempoh perkhidmatan yang diambil kira).

Tarikh Bayaran Pencen 2024

Untuk pesara kerajaan yang bakal menerima pencen, berikut disertakan tarikh bayaran pencen 2024 untuk rujukan.

Cara Semak Penyata Bayaran Pencen

Untuk membuat semakan penyata bayaran pencen, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran.
  2. Masukkan no kad pengenalan, no akaun pencen, dan tahun.
  3. Klik butang ‘Hantar.’
  4. Penyata bayaran pencen boleh disemak.

Belanjawan 2024: Insentif Pesara Kerajaan

Dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan insentif RM1000 kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Bayaran insentif ini dijangka akan dilakukan pada Februari 2024 untuk meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal kepada mereka yang terlibat.

Sumber: https://www.jpapencen.gov.my/skim_faedah_persaraan.html

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: