ILJTM 2024: Permohonan Kemasukan ILP, ADTEC & JMTI

Bagi individu yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang TVET bagi kemasukan Februari 2024, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mengalu-alukan kepada semua pelajar lepasan SPM dan SKM/ST yang ingin melanjutkan pengajian ke Program TVET di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).

Berikut merupakan info mengenai institusi ini dan cara untuk membuat permohonan.

Mengenai ILJTM 2024

ILJTM merupakan institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang menawarkan program TVET yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan.

Untuk makluman, terdapat 3 ILJTM yang menawarkan program TVET iaitu:

  • Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)

Oleh itu, individu yang berminat boleh membuat permohonan kemasukan ke ILJTM boleh membuat permohonan mulai 4 Mac 2024 sehingga 14 Mei 2024.

Keistimewaan Yang Diperoleh

Pelajar yang menyambung pengajian di ILJTM akan memperolehi beberapa keistimewaan seperti:

  • Kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
  • Yuran pengajian, penginapan, makan dan minum adalah percuma serta elaun bulanan sebanyak RM100 bagi program Sijil.
  • Yuran pengajian, penginapan, makan dan minum adalah percuma serta elaun bulanan sebanyak RM300 bagi pelajar OKU.

Bidang Yang Ditawarkan

Bidang yang ditawarkan menerusi pengajian di ILJTM adalah seperti berikut:

  • Kimpalan
  • Pengangkutan
  • Perkhidmatan Kejuruteraan
  • Pembuatan
  • Penyenggaraan Elektrik
  • Elektronik
  • Percetakan
  • Sivil
  • ICT
  • Pengeluaran Produk

Syarat Umum Kemasukan

Syarat umum kemasukan ke institusi ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur antara 17 hingga 35 tahun
  3. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan.
  4. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/ tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut iaitu:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://application.jims.jtm.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dan lengkapkan permohonan.
  5. Pilih kursus dan hantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai permohonan ke ILJTM 2024, sila layari laman web https://www.jtm.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: