Menerusi Belanjawan 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, kerajaan bersetuju menawarkan beberapa diskaun pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menerusi pembentangan tersebut juga, Menteri Kewangan menyatakan peminjam PTPTN berpeluang menikmati tiga kategori diskaun yang akan bermula pada 1 November 2021 sehingga 30 April 2022.
Inisiatif ini diwujudkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada 1.67 juta peminjam PTPTN serta bagi memudahkan proses bayaran balik dan memupuk sikap bertanggungjawab dalam melaksanakan pembayaran balik pinjaman tersebut.
Kategori Diskaun Bayaran Balik
Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN akan diberikan dalam bentuk 3 kategori iaitu:
- Diskaun 15%: Untuk baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
- Diskaun 12%: Untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
- Diskaun 10%: Untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.
Kaedah Bayaran Balik
Terdapat 2 kaedah bayaran balik pinjaman PTPTN boleh dilakukan iaitu:
- Potongan gaji
- Debit terus
i) Potongan gaji
Bagi peminjam yang ingin membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/#.
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang berlogo kanta.
- Apabila maklumat dipaparkan, klik butang ‘Mohon.’
- Lengkapkan permohonan potongan gaji tersebut sehingga akhir.
ii) Debit Terus
Untuk peminjam yang ingin membuat bayaran melalui kaedah debit terus, sila ikuti langkah berikut:
- Layari laman web berikut menerusi pautan:
– Permohonan Debit Terus Pinjaman: https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/.
– Permohonan Debit Terus Simpan SSPN Prime: https://www.ptptn.gov.my/saving/sspnlogin.html
– Permohonan Debit Terus Simpan SSPN Plus: https://www.ptptn.gov.my/penyatasp/Utama - Bagi permohonan debit terus, sila masukkan no kad pengenalan dan klik dan klik butang berlogo kanta.
- Klik butang ‘Semak.’
- Klik bahagian ‘Penyata Baki’ dan klik ‘Pendaftaran untuk Debit Terus.’
- Bagi permohonan debit terus Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN plus, permohonan boleh dibuat dengan login di pautan yang diberikan di atas.
Cara Mendapatkan Diskaun
Untuk mendapatkan diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN, peminjam boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
- Dapatkan pengesahan baki hutang terlebih dahulu melalui portal rasmi PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama.
- Hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN di talian 03-2193 3000 untuk membuat permohonan diskaun tersebut.
- Selepas itu, peminjam boleh bayaran balik boleh dibuat melalui mana-mana saluran bayaran balik yang disediakan oleh PTPTN.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN, sila hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN di talian 03-2193 3000