Permohonan Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa 2025

Berita baik kepada pelajaran Tahun 2 dan ke atas yang merupakan anak Negeri Pahang, anda boleh memohon bantuan menerusi Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai inisiatif ini.

Mengenai Inisiatif Makmur Pahang

Inisiatif Makmur Pahang atau I.M. Pahang merupakan penjenamaan semula Bantuan Prihatin Pahang dan Program Pahang Makmur.

Ia telah diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Pahang.

Matlamat utama pengenalan inisiatif ini adalah bagi memastikan usaha kerajaan negeri dalam menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada semua lapisan masyarakat daripada yang baru lahir sehinggalah ke peringkat warga emas.

Inisiatif ini terdiri daripada 5 kluster iaitu:

  • Kluster Pelajar
  • Kluster Agama
  • Kluster B40
  • Kluster Siswa
  • Kluster Umum

Tarikh Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Jun 2025.

Syarat Kelayakan Inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa

Syarat kelayakan untuk memohon inisiatif ini adalah seperti berikut:

  1. Bantuan yang disediakan untuk anak PAHANG yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA atau IPTS yang berdaftar di bawah Kerajaan Negeri Pahang.
  2. Penerima sedang melanjutkan pelajaran pada Tahun 2 dan ke atas di peringkat DIPLOMA, IJAZAH SARJANA MUDA, IJAZAH SARJANA dan PHD secara SEPENUH MASA.
  3. Penerima merupakan rakyat dan pemilih yang berdaftar di Negeri Pahang.

Cara Semak Kelayakan

Semakan kelayakan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://esiswa.pahang.gov.my/.
  2. Klik Butang “Semakan Kelayakan IMP Siswa 2025.”
  3. Masukkan no mykad dan klik butang “Semak.”
  4. Sekiranya maklumat permohonan masih tidak lengkap selepas semakan, klik butang Kemaskini.
  5. Kemaskini semua maklumat yang diperlukan.
  6. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan klik butang “Hantar.”
  7. Masukkan no myKad untuk semak status kelayakan.

Cara Buat Permohonan Baru

Permohonan baru boleh dibuat seperti cara-cara berikut:

  1. Layari laman web https://esiswa.pahang.gov.my/.
  2. Klik Butang “Permohonan Baru.”
  3. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
  4. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan klik butang “Hantar.”

Semakan Jenis Agihan

Semakan jenis agihan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik butang “Semakan Kelayakan IMP Siswa 2025.”
  2. Masukkan no mykad dan klik butang “Semak.”
  3. Semak jenis agihan dan siswa perlu menyemak tarikh pengambilan melalui Sistem eSiswa dari semasa ke semasa.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai inisiatif ini, sila layari laman web https://esiswa.pahang.gov.my/ atau menghubungi:

  • Encik Syed : 011-61353110
  • Puan Liyana : 011-61353066
  • Puan Nazira: 011-60686373

Baca juga: SAP: Permohonan Agrobank Scholarship Award Program




SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: