PINTAS: Insentif Yuran Pendaftaran TASKA Selangor RM100

Ibu bapa di Negeri Selangor berpeluang untuk mendapat insentif yuran pendaftaran TASKA menerusi Program Insentif Yuran Pendaftaran TASKA (PINTAS) daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Program Insentif Yuran Pendaftaran TASKA merupakan insentif yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pengumuman belanjawan Selangor 2023.

Menerusi insentif ini, ibu bapa daripada mereka yang berpendapatan rendah akan menerima bantuan secara one-off bagi kemasukan anak mereka ke TASKA.

Ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian mulai 1 September 2023.

Jumlah Insentif PINTAS

Ibu bapa yang layak akan menerima insentif sebanyak RM100 secara one-off bagi setiap kemasukan anak-anak 4 tahun dan ke bawah.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi insentif ini adalah seperti berikut:

  1. Permohonan boleh dibuat di laman sesawang https://pintas.yawas.com.my.
  2. Pemohon (Ibu/Bapa) warganegara.
  3. Pemohon (Ibu/Bapa) pengundi Selangor.
  4. Anak berumur 4 tahun ke bawah.
  5. Menetap di Selangor.
  6. Ibu & Bapa sedang bekerja.
  7. Pendapatan isi rumah RM5,001 hingga RM8,000.
  8. Terhad kepada 2 orang anak sahaja 1 keluarga.
  9. Bukan penerima bantuan Asuh Pintar.
  10. TASKA dihantar perlu berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Selangor sahaja.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://pintas.yawas.com.my.
  2. Klik butang ‘Pendaftaran.’
  3. Buat pendaftaran.
  4. Muat naik dokumen sokongan.
  5. Proses semakan kelulusan akan dijalankan.
  6. Jika permohonan lulus, ibu bapa akan menerima RM100 yang akan disalurkan kepada akaun pemohon.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Pasangan 
  2. Salinan Daftar Pengundi Pemohon (MYSPR)
  3. Penyata Gaji Pemohon & Pasangan/Akuan Pendapatan
  4. Salinan Surat Beranak Anak
  5. Salinan Surat Akuan Berkanun/Sijil Anak Angkat (sekiranya berkaitan)
  6. Salinan Penyata Akaun Bank Pemohon (tertera nama & nombor akaun) 
  7. Resit pembayaran yuran pendaftaran taska bagi kemasukan tahun 2023

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Insentif Yuran Pendaftaran TASKA (PINTAS), sila layari https://pintas.yawas.com.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: