myBAS50: Pas Perjalanan Bas RM50 Sebulan Johor Bahru
Menerusi Belanjawan 2023, kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif bagi inisiatif bagi mengurangkan beban kos pengangkutan di Johor Bahru terutamanya bas iaitu myBAS50.
myBAS50 merupakan pas perjalanan bas tanpa had sebulan di Johor Bahru dengan hanya RM50 sahaja.
Pas ini pas ini boleh digunakan secara rasmi bermula 1 April 2023 di kesemua 19 laluan MyBAS Johor Bahru.
Pas ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke di Johor Bahru pada 28 Mac 2023.
Inisiatif ini dilihat bakal mengurangkan 80% kos pengangkutan sebulan kepada setiap pengguna yang secara langsung akan mengurangkan kos perbelanjaan bulanan kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan bas setiap hari.
Harga myBAS50
Harga pas transit ini adalah RM50 untuk perjalanan selama 30 hari tanpa had.
Syarat Kelayakan Langganan myBAS50
Syarat kelayakan untuk melanggan pas ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah.
Tatacara Untuk Melanggan
Untuk membuat langganan, terdapat 2 tatacara yang boleh dilakukan iaitu:
i) Aplikasi Lugo
- Muat turun aplikasi Lugo di Google Store dan Apple App Store.
- Buka aplikasi tersebut.
- Daftar maklumat diri.
- Tekan butang “Pas Transit myBAS” untuk mendaftar.
ii) Melalui Kaunter
Kaunter ManjaLink yang menerima pendaftaran langganan yang terletak di:
- JB CIQ
- KSL City Mall
- TF Value-Mart Nusa Bestari
- Terminal Bas Gelang Patah
- Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
- Terminal Bas Kulai
Pembaharuan Pas
Pembaharuan langganan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://www.causewaylink.com.my/mybas/pembaharuan-pas-transit/
Selain itu, orang ramai juga boleh mengunjungi mana-mana kaunter Causeway Link/ManjaLink yang terpilih untuk memperbaharui pas mereka di:
- Gelang Patah Bus Terminal
- JB CIQ
- KSL City Mall
- Kulai Bus Terminal
- Senai Airport
- TF Value (Nusa Bestari)
Soalan Lazim myBAS50
Mereka mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah untuk layak melanggan pas ini.
Harga pas ini adalah RM50 untuk 30 hari.
Terdapat dua cara untuk mendaftar dan melanggan pas ini iaitu melalui kaunter Causeway Link/ManjaLink atau secara dalam talian melalui aplikasi LUGO.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai inisiatif ini, layari laman web https://www.causewaylink.com.my/