Postpaid RAHMAH Penjawat Awam: Rebat RM10 Sebulan

Bagi mengurangka beban penjawat awam, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) telah memperkenalkan lnsentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam.

lnsentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam diperkenalkan khusus kepada penjawat awam yang menawarkan rebat untuk pelan postpaid mereka.

Insentif ini diperkenalkan sebagai usaha kerajaan untuk mengurangkan beban ekonomi rakyat terutama dalam kalangan penjawat awam.

Selain itu, insentif ini juga diperkenalkan sebagai menghargai penjawat awam di Malaysia.

Mengenai Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam

Menerusi insentif ini, penjawat awam di Malaysia akan ditawarkan pemberian rebat RM10 sebulan bagi pakej postpaid mereka.

lni bermakna, penjawat awam mendapat manfaat penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120 setahun menerusi mana-mana pakej postpaid sedia ada.

Tarikh Berada Di Pasaran

Penjawat awam yang berminat untuk mendapatkan pakej ini boleh mendapatkannya mulai 31 Ogos 2023.

Cara Pembelian/Pendaftaran

Untuk pembelian dan pendaftaran insentif ini, pihak KKD akan memaklumkan mekanisme pembelian dan pendaftaran tidak lama lagi.

Soalan Lazim

Berapakah rebat yang ditawarkan menerusi insentif ini?

Insentif ini menawarkan rebat sebanyak RM10 sebulan untuk pakej postpaid yang digunakan oleh penjawat awam.

Berapakah jumlah penjimatan yang bakal diperoleh menerusi insentif ini?

Jumlah penjimatan yang bakal diperoleh menerusi insentif ini adalah RM120 setahun.

Bilakah penjawat awam boleh mendapatkan pakej ini?

Penjawat awam boleh mendapatkan pakej ini mulai 31 Ogos 2023.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pakej ini, layari laman web KKD iaitu https://www.kk

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: