myBAS Konsesi: Tambang Percuma Bas Berhenti-Henti

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah mengumumkan satu lagi inisiatif iaitu pas myBAS Konsesi iaitu tambang percuma bagi perkhidmatan bas henti-henti di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti atau SBST.

Pas myBAS Konsesi ini dikendalikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang akan berkuatkuasa pada Selasa, 15 Ogos 2023.

Inisiatif diperkenalkan bagi membantu penambahbaikan rangkaian pengangkutan awam dalam bandar, jaringan pertama dan terakhir selain mengurangkan kos sara hidup golongan sasar.

Pelaksanaan inisiatif tambang percuma ini juga akan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat.

Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan 2,500 pengguna golongan sasar yang akan menikmati subsidi pas perjalanan ini.

Golongan Sasar Pas myBAS Konsesi

Golongan sasar bagi pas tambang percuma ini adalah warganegara Malaysia:

  • Orang Kelainan Upaya (OKU) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Kanak-kanak serta murid sekolah berumur 7 tahun sehingga 17 tahun yang bersekolah di kawasan liputan perkhidmatan myBAS.

Lokasi Pendaftaran

Lokasi pendaftaran untuk mendapatkan pas ini adalah seperti berikut:

Kawasan LiputanLokasi Kawasan Pendaftaran
Seremban– Stesen Bas Bahau
– Terminal Bas Tampin
– Nilai Sentral
– Terminal Bas Port Dickson
– Terminal 1 Seremban
Ipoh– Stesen Bas Medan Kidd
Johor Bahru– KSL City Mall
– TF Value Mart (Nusa Bestari)
– Terminal Bas Gelang Patah
– Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
– Terminal Bas Kulai
– JB CIQ

Cara Mendaftar

Golongan sasar yang ingin mendaftar untuk mendapatkan pas ini boleh mendapatkannya di kaunter-kaunter perkhidmatan yang menyediakan pas ini.

Untuk mendaftar, sila bawah bersama MyKid, MyKad, atau MyTentera untuk pendaftaran.

Untuk tambahan, kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke bawah juga boleh menaiki bas berhenti-henti secara percuma dan tiada pendaftaran diperlukan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pas myBAS Konsesi, sila layari laman web https://www.mot.gov.my/my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: