CARA KEMASKINI MAKLUMAT PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Untuk pengetahuan, STR ialah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Dalam Belanjawan 2023 baru-baru ini, Perdana Menteri menyatakan kerajaan akan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 sehingga RM3,100 yang akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang sebelum ini telah menerima bantuan ini, kemaskini STR boleh mula dilaksanakan di laman web rasmi STR.
Berikut dikongsikan caranya:
Kategori Penerima
Penerima yang layak menerima sumbangan ini adalah seperti berikut:
i) Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii) Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii) Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
- Had umur adalah 21-59 tahun.
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Siapa Perlu Kemaskini STR?
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
- Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
- Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini
Jumlah Pembayaran STR
Penerima bantuan ini akan menerima jumlah pembayaran seperti berikut:
Tarikh Pembayaran
Pembayaran bantuan ini akan dibuat pda tarikh berikut:
Fasa Pembayaran | Tarikh Pembayaran |
Fasa 1 | Bermula 17 Januari 2023 secara berperingkat |
Fasa 2 | April* |
Fasa 3 | Julai* |
Fasa 4 | November* |
Cara Kemaskini STR
Untuk kemaskini maklumat bagi 2023, sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Layari portal rasmi iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
2. Klik butang ‘Log Masuk’ bagi membuat kemas kini.
3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
4. Klik butang ‘Kemas Kini Permohonan’ setelah berjaya log masuk MySTR.
6. Klik butang ‘Teruskan’ setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
7. Isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik
butang ‘Sahkan Captcha.’
8. Paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat
yang dipaparkan tepat kemudian ‘Tick’ butang berikut.
10. Permohonan berjaya dihantar.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai kemaskini STR, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.