Permohonan Bantuan Sokongan Pengajian (One-Off) UMK

Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah membuka permohonan Bantuan Sokongan Pengajian (one-off) semester September 2022 kepada pelajar yang memerlukan.

Untuk makluman, pemberian bantuan sokongan ini adalah bagi menyokong aspek keperluan makan dan pengajian pelajar berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pemberian bantuan sokongan ini diharap dapat meringankan beban pelajar khususnya dalam kalangan asnaf bagi meneruskan pengajian mereka di UMK.

Pelajar UMK yang ingin mendapatkan bantuan ini boleh membuat permohonan sebelum jam 5.00 petang 14 November 2022 iaitu hari Isnin.

Mengenai UMK

UMK ditubuhkan hasil daripada persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK ke-9) pada 31 Mac 2006.

Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006 kemudiannya meluluskan penubuhan universiti ini dan menetapkan supaya falsafah kurikulum pengajian di UMK berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dan perusahaan (entrepreneurship education and enterprises) dalam semua program pengajian.

Oleh kerana itulah, semua program pengajian bertujuan untuk melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi dengan minda kelas pertama yang lengkap dengan ciri-ciri usahawan.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon bantuan sokongan ini adalah seperti berikut:

  1. Pelajar kanan (Muslim).
  2. Pelajar Ijazah Sarjana Muda.
  3. Pendapatan isi rumah RM3,800 dan ke bawah.

Cara Memohon

Permohonan bantuan sokongan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://forms.gle/DRPX3BsnTmqkd2th7.
  2. Ini maklumat email dan klik butang ‘Next.’
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  5. Muat naik slip pengesahan akaun bank.
  6. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Sokongan Pengajian (One-Off), sila hubungi Hotline Zakat di talian 011-12233446.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: