Kemaskini UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf 2023/2024
Bagi pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/setaraf yang telah memohon kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi akademik 2023/2024, kemaskini dibuka permohonan UPUOnline dibuka selama 5 hari.
Untuk makluman, permohonan kemasukan ke IPT bagi lepasan STPM dilakukan menerusi sistem UPUOnline.
UPUOnline merupakan sistem permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM secara online yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Selain membuat permohonan kemasukan ke IPT, pemohon yang gagal dalam permohonan juga boleh membuat rayuan melalui sistem ini dan ini adalah tertakluk kepada pengumuman yang dibuat oleh KPT dari semasa ke semasa.
Kemaskini UPUOnline boleh dibuat mulai 27 Julai 2023 mulai jam 12.00 tengah hari sehingga 31 Julai 2023 jam 5.00 petang.
Kemasukan Ke IPT
Sistem UPUOnline merupakan sistem yang membolehkan pelajar lepasan SPM dan STPM/Setaraf memohon kemasukan ke IPT berikut:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik Konvensional
- Politeknik Premier
- Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
- Kolej Komuniti
Syarat Am Permohonan
Syarat am permohonan ke IPT bagi lepasan STPM/setaraf seluruh Malaysia adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. Kad Pengenalan/My Kad sahaja.
- Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk pemohon untuk ke IPT adalah seperti berikut:
i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am.
ii) Matrikulasi/Asasi
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2012.
Kategori Kemaskini UPUOnline
Pemohon yang berikut layak untuk membuat kemaskini dalam sistem ini:
i) Kategori STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM (Tahun Semasa)
- Kemaskini pilihan program pengajian kecuali yang telah dipanggil temu duga dan/atau ujian
- Hanya program pengajian yang memenuhi syarat khas akademik sahaja akan disenaraikan dalam pilihan.
ii) Kategori Diploma/Setaraf
- Muat naik dokumen dan kemaskini keputusan akademik sahaja.
Cara Login UPUOnline
Bgai lepasan SPM atau STPM yang ingin memohon kemasukan ke IPT, sila ikuti langkah-langlah berikut untuk login UPUOnline:
- Layari laman web UPUOnline iaitu https://upu.mohe.gov.my/.
- Klik bahagian ‘Daftar Akaun Baru.’mengisi semua maklumat pemohon dan maklumat keselamatan akaun.
- Setelah selesai, klik butang ‘Daftar’ untuk menyelesaikan proses pendaftaran.
- Login semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Setelah berjaya login, isi semua info permohonan yang diperlukan dan klik butang ‘Seterusnya.’
- Isi maklumat yang berikut untuk melengkapkan permohonan:
– Maklumat peribadi
– Maklumat keluarga
– Maklumat akademik
– Pilihan program
– Maklumat tambahan - Setelah selesai mengisi semua maklumat tersebut, buat pengesahan dengan menandakan pengakuan pada kotak yang disediakan.
- Klik butang ‘Sah & Hantar’ untuk menghantar permohonan.
- Cetak Slip Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Cara Kemaskini UPUOnline
Untuk mengemaskini UPUOnline, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web UPUOnline iaitu https://upu.mohe.gov.my/.
- Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Klik butang ‘Log Masuk.’
- Kemaskini maklumat yang diperlukan.
- Pastikan semak semua maklumat yang diisi adalah betul
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai UPUOnline, sila layari laman web iaitu https://upu.mohe.gov.my/.